hisap

menghisap memasukkan sesuatu (ke dalam mulut atau hidung) dengan tarikan udara, menyedut masuk (ke dalam hidung atau mulut):
dia ~ rokok;
burung itu ~ manisan bunga;
~ benak
terlampau banyak mengambil untung dari orang lain;
~ darah memeras orang (mengambil bunga wang dengan banyak);

hisapan hasil daripada menghisap, yang telah dihisap;
~ jempul [kiasan] berita atau karangan yang direka-reka (khabar yang dibuat-buat);

penghisapan
1. perihal (perbuatan) menghisap, penyedutan;

2. [kiasan] pemerasan, pemerahan:
Rizal mencatatkan pelbagai ~ bumi Filipina oleh kekuasaan Sepanyol;

penghisap
1. orang yang menghisap sesuatu (seperti rokok, candu, dadah, dan sebagainya):
Sultan Mahmud telah dikatakan oleh penulis-penulis Portugis sebagai seorang ~ candu;

2. alat untuk menghisap;
~ darah orang yang suka memeras orang lain (dengan mengenakan bunga yang tinggi dan sebagainya atas pinjaman wang atau dengan cara lain).

berkongsi