hikmat

1. kepandaian, bijaksana:
banyak sungguh kepandaian dan ~ orang putih ini;

2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian:
mereka mencari ~ pula untuk menawan hati tunangannya;
ahli ~
= juru~ orang yang pandai ilmu ghaib;
~ perang kebijaksanaan (ilmu, mantera, dan lain-lain) untuk berperang;

3. erti, maksud (yang dalam), tujuan yang sebenar daripada sesuatu:
tiap-tiap kewajiban yang ditetapkan oleh Allah dalam Islam itu mempunyai ~ bagi faedah kehidupan manusia;

berhikmat mempunyai hikmat, bertuah:
keris Hang Tuah yang bernama Tamingsari itu dipercayai ~;

menghikmat, menghikmatkan mengenakan hikmat (mantera, sihir, dan lain-lain) kepada:
Pak Bongsu sudah menghikmatkan negeri kita ini, siapa pun masuk di sini tak selamat hidup.

berkongsi