1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi:
kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka;
takkan Melayu ~ di dunia;
2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (seperti marah, benci, suka, dan sebagainya), kepercayaan, pertimbangan, dan sebagainya:
perasaan marahnya masih belum ~ lagi;
orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya;
dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya;
3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap:
jasanya yang bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yang tidak amanah itu;
4. (berkenaan (dengan) suara) tidak dapat dikeluarkan:
suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap;
5. (berkenaan (dengan) bunyi, suara, dan sebagainya) tidak ada atau tidak kedengaran lagi:
bunyi siren itu semakin lama semakin ~ daripada pendengaran kami;
6. mati, mangkat, meninggal:
ada pun ia hidup kemudian daripada makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~;
~ akal
a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yang harus dibuat;
b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dan lain-lain);
~ dara sudah tidak dara lagi (berkenaan (dengan) gadis yang telah dinodai);
~ harapan tidak mempunyai harapan lagi;
~ hayat, padam jiwa mati;
~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat
a) pengsan;
b) tidak berakal lagi;
~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yang hina lagi keji);
~ nyawa mati;
~-~ timbul
a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata;
b) sebentar ada sebentar tiada;
~ adat tegal muafakat (peribahasa) adat boleh diubah dengan persetujuan orang ramai;
~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka (peribahasa) fikiran yang jahat akan membahayakan diri sendiri;
~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami (peribahasa)
a) memeriksa sesuatu dengan cermat;
b) menolong orang yang sedang kesusahan;
~ di mata, di hati jangan (peribahasa) walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dalam hati;
~ ikan dalam kerabu (peribahasa) kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya;
~ jasa beliung, timbul jasa rimbas (peribahasa) lain orang yang berbakti, lain pula orang yang dipuji;
~ kabus, teduh hujan (peribahasa) mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan;
~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya (peribahasa) orang yang hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai;
~ kilat dalam kilau (peribahasa) kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dengan para cerdik pandai (orang-orang besar);
~ pelanduk berganti kijang emas (peribahasa) perempuan yang bercerai dengan suaminya yang hina kemudian berkahwin dengan lelaki yang mulia;
~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang (peribahasa) orang yang tidak berharta kurang dihargai ramai;
~ sepuh nampak senam (peribahasa) kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya;
~ tak tentu rimbanya (peribahasa) hilang tak berbekas;
~ tapak tukul, timbul tapak canai (peribahasa) perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudian;
~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya (peribahasa) sesuatu perkara yang tentu kesudahannya;
~ tukul ~lah pahat (peribahasa) tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman;
patah tumbuh, ~ berganti (peribahasa) terus-menerus ada gantinya;
pertama ~, kedua terbilang (peribahasa) berani melakukan pekerjaan berbahaya untuk kepentingan umum;
tonggang ~ berani mati (peribahasa) sikap gagah berani (tidak gentar) untuk menjalankan kewajiban;
menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri:
orang yang menikamnya cabut lari dengan cepatnya lalu ~;
menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan:
di kedai itu dia berhenti untuk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya;
ia pun ~ dirinya di dalam gelap dan menyusup balik ke biliknya;
kehilangan
1. perihal hilangnya sesuatu, kematian:
~ seorang isteri atau seorang suami yang demikian tentulah membawa kepada kesedihan;
2. menderita kerana hilang sesuatu:
jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu;
~ muka mendapat malu;
~ nama mendapat nama yang buruk;
penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan;
penghilang yang atau untuk menghilangkan:
seteguk air ~ dahaga.