hikmah

1. kebijaksanaan daripada Allah, kecerdikan:
dakwah Islam yang dijalankan mestilah dengan penuh ~ serta bertepatan dengan budaya dan iklim kemalaysiaan;
Allah melakukan apa sahaja menurut kehendak-Nya dan sesuai dengan ~ yang telah ditetapkan oleh-Nya;

2. rahsia, kelebihan atau tujuan sebenar di sebalik sesuatu perkara (kejadian, hal dan sebagainya):
rupa-rupanya kemalangan itu ada ~ di sebaliknya;
poligami harus dilihat sebagai syariat Allah yang pasti ada ~ dan perlu ditegakkan sekiranya mampu;

berhikmah mempunyai hikmah (kebijaksanaan dan sebagainya):
pendekatan yang ~ dan berhati-hati perlu diambil dalam usaha menyeragamkan undang-undang syariah itu;
generasi muda yang sering diperkatakan sebagai golongan yang bermasalah harus ditangani dengan cara yang ~ dan penuh rahmat serta kasih sayang.

berkongsi