menghidu
1. mencium, membaui (tembakau, bunga, dan lain-lain):
sambil berjalan ia ~ bau wangi kemejanya;
2. menyedut (udara dan lain-lain);
3. mengesan sesuatu dengan mencium bau yang ditinggalkan:
anjing itu dapat ~ ke mana larinya pengganas itu;
4. [kiasan] mengetahui atau dapat mengesan sesuatu yang menjadi rahsia sesuatu pihak dengan bertanya-tanya, merisik-risik, memerhatikan gerak-geri pihak tersebut dan sebagainya:
rancangan jahat mereka telah dapat dihidu oleh polis;
terhidu
1. terbau sesuatu dengan tiba-tiba:
sedang dia duduk-duduk, dia ~ bau kemenyan;
2. tersedut (gas atau udara) melalui hidung:
mereka diberi rawatan segera kerana ~ sejenis gas beracun;
penghidu orang yang menghidu (membaui) sesuatu kerana ketagih:
~ gam.