hidung

1. bahagian badan untuk mencium atau menyedut udara (terdapat pada bahagian muka atas sedikit daripada mulut):
kita bernafas melalui ~ siang dan malam;
batang ~

a) tulang yang membina hidung;
b) [kiasan] kelibat (imbasan) seseorang atau sesuatu;
kena batang ~ [kiasan] (berkenaan (dengan) kecaman, sindiran, dan sebagainya) tepat mengenai seseorang;
lubang ~ bahagian yang berlubang pada hidung untuk membolehkan kita mencium, menyedut udara, dan sebagainya;
sekat ~ bahagian antara kedua-dua lubang hidung;
tidak nampak batang ~ = tidak nampak muka ~ [kiasan] tidak kelihatan langsung rupa seseorang kerana tidak hadir, tidak pernah muncul (di kalangan orang, kawan, dan sebagainya);

2. [kiasan] bahagian depan sesuatu benda, muncung:
~ kapal terbang;
~ belang (putih)
ki (berkenaan (dengan) lelaki) yang sangat suka mengganggu orang perempuan;
~ tinggi ki sombong dan megah;
~ dicium, pipi digigit (peribahasa) kasih sayang yang pura-pura sahaja;
~ sudah rampung diatur (peribahasa) orang bodoh yang sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang;
~ tak mancung pipi tersorong-sorong (peribahasa) orang yang tidak turut campur yang menjadi susah, yang patut bersusahan berdiam diri;
beroleh (mendapat) ~ panjang (peribahasa) mendapat malu;
menguak-nguak bagai ~ gajah (peribahasa) bernafas terngah-ngah;
potong ~ rosak muka (peribahasa) orang yang berlaku kurang baik terhadap keluarganya sendiri akan mendapat malu juga;
rasa tak mengapa ~ dikeluani (peribahasa) orang yang membiarkan dirinya dibodohkan orang;
seperti beranak besar ~ (peribahasa) orang yang gemar memperlihatkan barangnya yang baru;
seperti kerbau dicucuk (diatur) ~nya (peribahasa) orang bodoh yang menurut perintah orang;

berhidung mempunyai hidung;
~ belang mempunyai sifat suka mengganggu orang perempuan;
~ tinggi
a) mempunyai hidung yang tinggi (mancung);
b) mempunyai sifat sombong dan megah;

menghidung
1. = kehidung-hidungan mengucapkan sesuatu dengan sengau;

2. selalu menurut saja (kemahuan orang dan lain-lain).

berkongsi