keberanian membela keadilan atau kebenaran:
perang menjadi tempat berkumpulnya mitos dan ~;
herot (hrot) tidak lurus atau tegak benar, benyot, mencong:
ibuku ketawa riang hingga ~ bibir mulutnya;
~-benyot = ~-berot terlalu herot;
mengherotkan menjadikan herot, membenyotkan, memencongkan:
garisan yang dilukisnya diherotkan sedikit;
suaranya keras mengejut menyebabkan Timah ~ bibirnya;
mengherot-herotkan menyebabkan herot beberapa kali atau banyak kali;
terherot-herot menjadi herot-berot, terbenyot-benyot, termencong-mencong:
kaca itu membuat rupanya kelihatan ~;
herotan
1. sesuatu yang tidak tepat, kecacatan:
ilmu pengetahuan mereka begitu bebas daripada ~ yang disebabkan oleh pengaruh sosial;
2. (Komputer) perubahan rupa bentuk pada gelombang isyarat penerima berbanding dengan isyarat asal.