haram

1. hukum tegahan (dalam Islam) yang dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yang mematuhinya dan dosa bagi orang yang mengingkarinya:
babi ~ dimakan oleh orang Islam;
tidak peduli halal ~
tidak mengendahkan hukum;

2. ditegah (terlarang) oleh undang-undang, tidak sah (di sisi undang-undang):
dia ditangkap kerana masuk secara ~ ke negeri ini;
kumpulan ~;
rumah ~
rumah yang didirikan di atas tanah kerajaan atau milik orang lain tanpa kebenaran, rumah kilat;
tanah ~ tanah yang diduduki atau dikerjakan tidak dengan izin kerajaan (tuannya);

3. suci, tidak boleh dikerjakan hal-hal yang tidak menentu:
Tanah ~ Mekah dan Madinah;
Masjidil~ masjid Mekah;

4. [bahasa percakapan] sungguh-sungguh, benar-benar, betul-betul:
~, aku tidak tahu-menahu langsung mengenai perkara itu;

5. [bahasa percakapan] sedikit pun, langsung (tidak), sama sekali (tidak):
ia lari terus, ~ tidak menoleh ke belakang;
sehingga hampir waktu senja, jejak babi tunggal tidak juga ditemui, malah berbau pun ~;

6. [bahasa percakapan] tidak ada, tiada (satu antara yang banyak):
~ seorang pun di antara pengunjung kamar itu tahu bahawa mereka sedang dikepung;
~ jadah (zadah)

a) (kata makian) anak yang tidak sah (lahir di luar nikah);
b) (kata makian secara am) celaka:
lori ~ jadah itu bukan kenal jenis makhluk;

mengharamkan memandang (menganggap, menyatakan) haram (tidak halal), melarang, menegah:
agama Islam ~ penganut-penganutnya minum arak, berjudi dan melakukan beberapa perbuatan lain;

2. tidak membenarkan (mengizinkan, meluluskan, dan sebagainya), menetapkan (mengisytiharkan) sebagai melanggar undang-undang, menegah:
kerajaan telah ~ penerbitan buku itu;

3. berteguh hati (berazam) untuk tidak melakukan sesuatu:
dia ~ dirinya daripada memasuki tempat yang terkutuk itu lagi;

pengharaman tindakan atau ketetapan mengharamkan (melarang, menegah, menolak), pelarangan, penegahan:
~ minuman keras adalah atas sebab-sebab moral dan kesihatan;
beberapa buah negara mencadangkan ~ senjata-senjata atom.

berkongsi