vertebrat

(Biologi) = haiwan ~ haiwan yang bertulang belakang (termasuk ikan, amfibia, reptilia, burung, dan mamalia).

versi

1. buku dan lain-lain yang diterjemahkan ke dalam bahasa lain, terjemahan:
buku Sebelum Dan Selepas 13 Mei ~ bahasa Inggeris;

2. corak atau bentuk tertentu (sesuatu karya, cerita, dan lain-lain):
hikayat Inderaputera juga terdapat dalam satu ~ lain yang lebih pendek.

versatil

berkeupayaan atau dapat disesuaikan untuk pelbagai kegunaan (tujuan, fungsi, dan lain-lain), serba boleh:
ini menjadikan seni Islam sesuatu yang padu serta mantap namun tetap kreatif dan ~ pada setiap masa.

vernier

(Fizik) alat untuk mengukur dengan tepat pecahan senggatan skala (jangka tekanan, barometer, dan lain-lain).

vernakularisme

penggunaan bahasa vernakular:
Sabah dan Sarawak yang terpisah daripada Malaya dari segi politik, ekonomi dan pentadbiran juga mempunyai dasar polarisasi Inggeris serta ~ yang hampir sama.

vernakular

(Linguistik) berkenaan penggunaan bahasa atau dialek yang dipertuturkan oleh sesuatu golongan atau kaum dalam masyarakat:
sistem pendidikan ~;
sekolah ~;
bahasa ~
bahasa yang dipertuturkan oleh golongan atau kaum tertentu.