vilus

(Biologi) cuaran pada dinding bahagian dalam usus kecil yang berfungsi untuk menyerap nutrien dan cecair.

vila

rumah yang besar dan mewah yang terletak di luar kota atau di tempat peranginan.

videoteks

sistem maklumat elektronik interaktif yang mengandungi perkhidmatan seperti berita, mel elektronik, perbankan, cuaca dan laporan saham.

videogram

video yang dirakamkan terlebih dahulu tentang sebuah filem komersial atau program televisyen.

videofon

sejenis peranti telefon yang dapat menghantar dan menerima suara dan juga imej visual antara pihak yang berkomunikasi.

video

1. = alat ~ alat untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video (disalurkan melalui peti televisyen);

2. = pita ~ pita bermagnet yang digunakan untuk merakamkan gambar dengan suaranya sekali dari televisyen;

3. = filem ~ filem yang telah dirakamkan pada pita video dan hanya sesuai untuk ditayangkan dengan menggunakan alat video;

memvideokan merakamkan sesuatu (peristiwa, adegan, dan sebagainya) dalam pita video:
filem-filem Melayu telah divideokan.