vital

penting atau perlu sekali untuk hidup, tidak dapat tidak mesti ada, yang amat penting atau amat diperlukan:
perusahaan ~ perusahaan yang sangat penting untuk orang ramai.

visual

berkenaan atau berdasarkan pelihatan, dapat dilihat:
dalam penulisan kata serapan ini, bentuk ~ diutamakan;
keistimewaan yang memberikan kesan ~ yang menggunakan teknologi yang semakin hari semakin baik.

visi

tanggapan dan pandangan yang jauh dan mendalam, terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan dan sebagainya, wawasan:
pemimpin yang mempunyai keperibadian yang utuh serta ~ dalam kepimpinan;
Pak Arena menganggap ~ itu penting dalam penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;

bervisi mempunyai visi:
pemimpin negara yang ~ tinggi dan jauh.

vis-a-vis

(Perancis) dalam hubungannya (pertaliannya) dengan, berbanding dengan:
budaya Baba (dan Nyonya) ini ~ budaya Cina.

visa

kebenaran yang berupa cap pengesahan rasmi pada pasport seseorang yang membolehkannya memasuki atau melalui negara asing yang memberikan kebenaran itu.

virus

1. sejenis kuman yang lebih halus daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan, atau tumbuhan;

2. (Komputer) atur cara asing yang menerobosi sesuatu sistem komputer sehingga dapat mengganggu, mengubah, merosakkan, atau memusnahkan maklumat yang tersimpan di dalam sistem berkenaan;

3. [kiasan] pengaruh yang buruk, jahat, atau merosakkan.