vokal

1. = ~ tulen (Linguistik) huruf hidup atau huruf saksi (a, e, , i, o, u);

2. lantang bersuara, berani menyuarakan pendapat, perasaan, dan sebagainya dengan terus terang:
suara beberapa orang daripada golongan minoriti yang ~ boleh mempengaruhi majoriti yang berdiam diri;

bervokalkan mempunyai sebagai vokal:
saya menganggap suku-suku kata yang ~ a,i,u merupakan asas utama dalam mengenali lambang bacaan bahasa Inggeris.

voil

sejenis kain yang halus, nipis, dan agak jarang yang diperbuat daripada kapas, sutera, dan sebagainya.

vivarium

tempat buatan yang menyerupai lingkungan semula jadi binatang (untuk tujuan penyelidikan dan lain-lain).

viva

peperiksaan lisan yang berkaitan dengan penyelidikan atau tesis yang dibuat, yang dilalui oleh seseorang untuk memperoleh kelayakan akademik, biasanya pada peringkat universiti.

vitamin

bahan organik yang sangat penting yang diperlukan oleh badan dengan jumlah yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit;
jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dan lain-lain;
~ A sejenis vitamin larut lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dan lain-lain (banyak terdapat dalam minyak ikan, hati, telur, susu, dan lain-lain) ;
~ B1 salah satu vitamin B kompleks yang kekurangannya menyebabkan penyakit beriberi;
~ B2 salah satu vitamin B kompleks yang kekurangannya menyebabkan penyakit pelagra;
~ B12 salah satu vitamin B kompleks yang kekurangannya menyebabkan sejenis penyakit anemia. ;
~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yang terdiri daripada vitamin B1, B2, B6, B12, dan lain-lain (banyak terdapat dalam bijirin, yis, hati, dan lain-lain);
~ C sejenis vitamin larut air yang kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren dan sesetengah sayuran);
~ D sejenis vitamin larut lemak yang kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pada kanak-kanak dan kelembutan tulang pada orang dewasa (banyak terdapat dalam minyak ikan, mentega, kuning telur, dan lain-lain);
~ K sejenis vitamin larut lemak yang yang diperlukan untuk meningkatkan daya penggumpalan(pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dalam kubis, bayam, dan lain-lain).