vulkan

loji ~ loji tempat memasak getah;

memvulkankan memasak getah dengan sulfur (belerang) untuk membuat tayar dan lain-lain;

pemvulkanan proses pengolahan getah dengan sulfur (belerang) pada tekanan dan suhu tinggi untuk menghasilkan getah yang lebih kuat dan kenyal.

vs

[kependekan] versus (iaitu lawan, terutamanya dalam undang-undang dan sukan, melawan, menentang):
kes Mariam ~ Muhammad Ariff.

voyeurisme

amalan mengintai orang lain bertelanjang, melakukan aktiviti seks dan sebagainya untuk memperoleh keseronokan atau kepuasan seks.

votum

[Indonesia-Belanda]

1. suara (dalam pengundian);

2. hari mengundi, hari pengundian;
~ kepercayaan [Indonesia] penyataan percaya kepada kebijaksanaan atau kemampuan dan sebagainya (pemerintah, kerajaan).

voodoo

kepercayaan yang melibatkan ilmu sihir yang diamalkan oleh sesetengah penduduk di Hindia Barat, terutamanya di Haiti.

voluntari

(Perubatan) dikawal oleh kemahuan (berkenaan (dengan) otot);
otot ~ otot yang dapat dikawal oleh kemahuan atau otak.

volumetri

(Kimia) kaedah penyukatan mengikut isi padu;
analisis ~ (Kimia) kaedah analisis cecair atau gas mengikut isi padu.