bahan organik yang sangat penting yang diperlukan oleh badan dengan jumlah yang kecil dan berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit;
jenis-jenisnya: A, B kompleks, B1, B2, C, dan lain-lain;
~ A sejenis vitamin larut lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan normal, pencegahan penyakit rabun malam, dan lain-lain (banyak terdapat dalam minyak ikan, hati, telur, susu, dan lain-lain) ;
~ B1 salah satu vitamin B kompleks yang kekurangannya menyebabkan penyakit beriberi;
~ B2 salah satu vitamin B kompleks yang kekurangannya menyebabkan penyakit pelagra;
~ B12 salah satu vitamin B kompleks yang kekurangannya menyebabkan sejenis penyakit anemia. ;
~ B kompleks sekumpulan vitamin larut air yang terdiri daripada vitamin B1, B2, B6, B12, dan lain-lain (banyak terdapat dalam bijirin, yis, hati, dan lain-lain);
~ C sejenis vitamin larut air yang kekurangannya boleh menyebabkan penyakit skurvi (banyak terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren dan sesetengah sayuran);
~ D sejenis vitamin larut lemak yang kekurangannya boleh menyebabkan penyakit riket pada kanak-kanak dan kelembutan tulang pada orang dewasa (banyak terdapat dalam minyak ikan, mentega, kuning telur, dan lain-lain);
~ K sejenis vitamin larut lemak yang yang diperlukan untuk meningkatkan daya penggumpalan(pembekuan) darah semasa berlakunya perdarahan (terdapat dalam kubis, bayam, dan lain-lain).
vitamin
berkongsi