vide

(Latin) lihat (supaya merujuk kepada tempat tertentu dalam teks dan sebagainya).

viagra

sejenis ubat berbentuk pil yang dikatakan berupaya mengatasi masalah lemah syahwat atau mati pucuk.

via

[bahasa percakapan] melalui, menerusi:
berbicara ~ telefon;
ke Johor Baharu ~ Melaka.

veto

pernyataan menolak (membatalkan) keputusan;
hak (kuasa) ~ hak (kuasa) menolak keputusan (undang-undang);

memveto menolak (membatalkan) keputusan;

pemvetoan perihal (perbuatan atau tindakan) memveto:
~ keputusan itu akan dibuat tidak berapa lama lagi;

pemveto pihak (negara, orang dan sebagainya) yang memveto:
negara-negara ~.

veterinar

berkenaan dengan rawatan penyakit atau kecederaan pada haiwan:
daging lembu Australia disediakan di bawah pengawasan kesihatan dan ~ yang bertaraf tinggi;
pakar ~.

veteran

1. bekas askar (perajurit, pejuang);

2. jaguh lama (sukan dan lain-lain);

3. orang yang telah banyak pengalamannya (dalam sesuatu perkara);
~ perang askar yang pernah terlibat dalam sesuatu peperangan.

vestibul

(Biologi) rongga atau ruang yang berhampiran dengan bukaan pada sesuatu rongga lain, misalnya hidung, telinga dalam, faraj, dan lain-lain.