penjual atau pembekal barangan (perkhidmatan).
Category Archives: Kamus Dewan Online
vena
(Biologi) salur darah yang membawa darah (terutamanya darah yang rendah kandungan oksigennya) dari pelbagai tisu dan organ badan ke jantung;
~ kava satu daripada dua vena yang membawa darah (yang rendah kandungan oksigennya) ke jantung;
~ portal vena yang menghubungkan dua rangkaian salur kapilari (terutama dalam hati);
~ pulmonari vena yang membawa darah (yang kaya dengan oksigen) dari paru-paru ke jantung.
velodrom
gelanggang (arena) yang balapannya dimiringkan untuk perlumbaan basikal.
velkro
kancing untuk pakaian, kasut, langsir dan sebagainya yang berupa dua jalur fabrik nilon yang melekat pada satu sama lain apabila ditekan.
velar
(Linguistik) berkenaan bunyi suara yang keluar apabila bahagian belakang lidah mengenai langit-langit lembut seperti dalam penyebutan bunyi k, kh, g dan ng:
bunyi ~.
vektor
1. (Biologi) haiwan (mis serangga) yang mengandungi parasit berbahaya yang memindahkan parasit tersebut kepada organisma lain (manusia dan sebagainya) sehingga mengakibatkan jangkitan (penyakit) kepada organisma lain itu;
2. (Biologi) serangga, unggas, angin, dan lain-lain yang membawa debunga dari stamen ke stigma bunga;
3. (Matematik) kuantiti yang dapat berubah (mis daya) yang mempunyai magnitud dan arah.
vegetasi
semua tumbuhan hidup di sesuatu kawasan.
vegetarianisme
amalan tidak memakan daging, ikan, dan sebagainya berdasarkan kepercayaan agama, kepentingan kesihatan, dan lain-lain tetapi sebaliknya memakan sayur-sayuran sahaja.
vegetarian
orang yang tidak makan daging, ikan, dan sebagainya tetapi hanya memakan sayur-sayuran atas sebab-sebab peribadi, kepercayaan, dan lain-lain.
Vedda
sejenis bangsa primitif yang tinggal di hutan-hutan Sri Lanka.