[Arab] perempuan keturunan Nabi Muhammad SAW.
Category Archives: Kamus Dewan Online
syarif
[Arab] bangsawan atau mulia (sebutan untuk keturunan Nabi Muhammad SAW yang langsung daripada Husain).
syarie
syarii.
syariat
[Arab] hukum Islam:
al-Quran ialah sumber pertama daripada ~ Islam;
mensyariatkan menjadikan sebagai syariat, memerintahkan:
disyariatkan azan supaya menyedarkan orang-orang yang lalai supaya berhimpun di masjid bagi menunaikan sembahyang;
beliau haruslah mengabdikan diri semata-mata kepada Allah melalui ibadat-ibadat yang telah disyariatkan Allah.
syariah
[Arab] hukum Islam;
mahkamah ~ mahkamah yang mengurus perkara-perkara yang bersangkutan dengan hukum Islam;
syariat.
syarbat
[Arab] serbat.
syarat
1. tuntutan (permintaan) yang mesti dipenuhi, jaminan, janji:
jika orang yang meminang itu tidak dapat menunaikan tanda bertunang itu, maka segala ~-~ yang telah dipersetujui dahulu dibatalkan;
2. segala yang diperlukan (untuk mencapai sesuatu yang dimaksudkan dan lain-lain):
~ yang paling mustahak untuk menamatkan perselisihan itu ialah kemahuan dan kesediaan untuk berselesai;
3. ketentuan (rukun, peraturan, dan lain-lain) yang mesti dipatuhi:
Islamkah engkau kalau engkau tidak mengikut ~-~ dan undang-undang yang diwajibkan atas seorang Islam?
4. bayaran (barang dan lain-lain) yang perlu kepada guru silat (bomoh dan lain-lain);
~ mutlak syarat yang tidak boleh tidak dipenuhi;
bersyarat ada syaratnya, dengan syarat, (dengan) disertai sesuatu syarat, menjadikan (sebagai) syarat:
dia sendiri terasa betapa bodohnya dia mengaku kalah tanpa ~ itu;
mensyaratkan menuntut (meminta) sebagai syarat, mengenakan syarat, menjadikan (sebagai) syarat:
PBB telah ~ bahawa negara anggota yang tidak membayar hutang sampai tiga tahun dengan sendirinya akan gugur haknya untuk mengundi;
pensyaratan proses mengenakan syarat:
pelbagai disiplin memerlukan ~ yang lain pada ciri sosiologi sastera.
syarak
[Arab] hukum yang bersandarkan ajaran agama Islam, hukum Islam:
pakaian yang bersih dan suci sebagaimana yang dikehendaki ~;
berbuatlah ia suatu pekerjaan yang tidak patut pada ~ dan pada adat iaitu bermain muda.
syarah III
syarahan [arkaik] penerbitan (surat khabar, majalah, dan lain-lain), terbitan:
akhbar ~ pagi.
syarah II
1. keterangan, huraian, penjelasan, ulasan;
2. = syarahan ceramah, pidato;
bersyarah memberi ceramah, berpidato, berucap:
ia hendak ~ kepada pengundi-pengundi pada masa pilihan raya;
mensyarahkan membicarakan sesuatu perkara (dalam bentuk syarahan), menceramahkan:
beliau juga meneliti pemikiran-pemikiran lama Yunani dan ~nya;
syarahan
1. ceramah, pidato, ucapan:
ia mendengar ~ gurunya dengan tekun;
2. pelajaran yang diberikan di universiti, kuliah;
pensyarah
1. orang yang memberikan syarahan (ceramah), penceramah;
2. guru di universiti, orang yang memberikan kuliah:
saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu.