syelek

1. sejenis bahan berdamar yang berbentuk kepingan nipis dan digunakan untuk membuat varnis bagi mengilatkan kayu dan lain-lain;

2. varnis yang dibuat dengan melaruntukan syelek dalam etanol atau lain-lain yang seumpamanya;

mensyelek menyapu syelek pada sesuatu;

syer (syr) bahagian dalam modal sesuatu perniagaan, saham, sero:
syarikat itu mengeluarkan ~ untuk mendapat modal;
~ kosong
[bahasa percakapan] syer yang diberikan kepada seseorang dengan tidak membayar harganya.

syeikh

1. sebutan kepada orang yang berketurunan sahabat-sahabat Nabi;

2. sebutan kepada orang Arab (yang berasal dari Hadramaut);

3. sebutan kepada alim ulama;

4. = ~ haji = ~ jemaah orang-orang yang mengurus orang naik haji.

syarikat

1. persekutuan, perkumpulan, gabungan;
Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara;

2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yang dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dalam perniagaan), firma:
kita bersama memodali perniagaan itu yang dengan sendirinya menjadi sebuah~;
anak
~ syarikat yang sekurang-kurangnya separuh daripada modalnya dimiliki oleh syarikat lain;

3. persekutuan negara-negara yang menjadi sahabat (dalam peperangan), sekutu;
~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yang tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pada wang dan sebagainya yang telah dilaburkan ke dalam syarikat itu;
~ bersekutu (Undang-undang) syarikat yang sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain;
~ gergasi = ~ raksasa;
~ induk
syarikat yang memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat;
~ kerjasama koperasi (syarikat);
~ kewangan syarikat yang memberikan kemudahan pinjaman kewangan dengan kadar faedah yang lebih tinggi daripada bank perdagangan, terutamanya untuk urus niaga sewa beli;
~ multinasional syarikat yang beroperasi di beberapa buah negara;
~ nomini (Ekonomi) syarikat yang fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan;
~ pembuatan syarikat yang kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dan sebagainya);
~ perniagaan syarikat yang kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli);
~ perusahaan syarikat yang menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (seperti pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dan lain-lain);
~ raksasa syarikat yang amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dan sebagainya);
~ tersenarai (Ekonomi) syarikat yang saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan;

bersyarikat
1. bersama-sama (bersatu, bermuafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dan lain-lain);

2. bersekutu, berkawan, bersahabat;

mensyarikati [arkaik] bersyarikat dengan, ikut serta, bersama-sama (dalam kesusahan dan lain-lain);

mensyarikatkan ~ Allah menganggap Allah tidak esa (lebih daripada satu);

persyarikatan
1. persekutuan, perhimpunan, perkumpulan, persatuan:
p~ Bangsa-Bangsa Bersatu;

2. = ~ dagang [Indonesia] perkongsian (dalam perniagaan);
~ Malaysia konsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan memberi lebih banyak sumbangan kepada pembangunan negara.

syarii

[Arab]

1. berkaitan dengan syariah:
peguam ~;
hakim ~;

2. bersandar pada atau mengikut hukum Islam:
mereka tidak boleh menunaikan ibadat puasa atas sebab uzur ~.