mesyuarat (untuk mencapai keputusan menurut suara terbanyak):
peranan masjid yang ketiga adalah sebagai tempat ~ masyarakat setempat.
Category Archives: Kamus Dewan Online
syumul
[Arab] bersifat menyeluruh dan sempurna:
undang-undang Islam yang bersifat ~ dan universal;
kesyumulan perihal (sifat) syumul, kesejagatan:
apakah kurikulum yang berjalan telah benar-benar menggambarkan ~ Islam?
syukur
1. terima kasih:
kalau abang dapat sembahyang sahaja, aku mengucapkan ~ kepada Tuhan;
2. [kata seru] untunglah, mujurlah;
3. beruntung, mujur, bertuah:
saya berasa ~ dapat berjumpa dengan datuk;
bersyukur berasa syukur, berterima kasih:
sekarang telah nampak kejayaan, ~ aku kepada Tuhan;
perempuan dan laki-laki tidak pernah berasa puas dengan apa yang ada, tidak pernah ~;
mensyukuri mengucapkan syukur (terima kasih) kepada, melakukan sesuatu (berkenduri dan lain-lain) sebagai tanda bersyukur:
orang sudah sibuk di rumah Engku Besar memasak-masak untuk kenduri, kerana ~ pernikahannya;
kesyukuran rasa syukur:
tidak dapat digambarkan lagi kesukaan dan ~ mereka pada ketika itu.
syuhada
[Arab] (jamak bagi syahid) saksi (tentang kebenaran agama Islam).
syubhah
[Arab] kesamaran (kerana tidak jelas hukumnya antara halal dan haram).
syot
foto (gambar) yang diambil dengan kamera sinematograf.
syor
cadangan, anjuran, nasihat, petunjuk, saran:
cadangan atau ~ yang terbaik akan dikira menang;
mengesyorkan mengemukakan cadangan, mencadangkan, menganjurkan, menyarankan:
dia ~ kepada peguam supaya menyelesaikan perkara itu di luar mahkamah sahaja.
syok
[bahasa percakapan]
1. sangat menarik hati (seronok, suka dan sebagainya):
~ juga dengar cerita dia;
2. sangat tertarik hati:
kata kawan-kawannya Azhar tu ~ pada dia;
~ sendiri berasa seronok, puas dan sebagainya dengan apa yang dilakukan oleh diri sendiri sahaja tanpa mengira tanggapan, perasaan dan sebagainya orang lain;
3. [Indonesia] berlagak, berpura-pura.
syogun
(Jepun) panglima tertinggi tentera Jepun yang menjadi pemerintah dan lebih berkuasa daripada Maharaja (sehingga tahun 1867).
syiuh
siuh.