syarah II

1. keterangan, huraian, penjelasan, ulasan;

2. = syarahan ceramah, pidato;

bersyarah memberi ceramah, berpidato, berucap:
ia hendak ~ kepada pengundi-pengundi pada masa pilihan raya;

mensyarahkan membicarakan sesuatu perkara (dalam bentuk syarahan), menceramahkan:
beliau juga meneliti pemikiran-pemikiran lama Yunani dan ~nya;

syarahan
1. ceramah, pidato, ucapan:
ia mendengar ~ gurunya dengan tekun;

2. pelajaran yang diberikan di universiti, kuliah;

pensyarah
1. orang yang memberikan syarahan (ceramah), penceramah;

2. guru di universiti, orang yang memberikan kuliah:
saya temui empat orang ~ dan penolong ~ di Jabatan Pengajian Melayu.

berkongsi