syala

(Sanskrit);
pohon ~ sejenis tumbuhan (pokok), Artocarpus spp.

Syam negeri Syria.

syal II

(Geologi) sejenis batu lembut yang terjadi daripada tanah lumpur dan lain-lain yang mengendap.

syak

rasa kurang percaya (kurang yakin), curiga, sangsi, waswas, dan sebagainya;
menaruh ~ tidak mempercayai, mencurigai;
tidak ~ lagi yakin benar, tentu;
~ hati kurang percaya, curiga;
~ sangka = ~ wasangka rasa tidak percaya, sangsi;
~ walang susah hati, khuatir;
~ fasik, yakin soleh, batu jadi juadah (peribahasa) jangan banyak sangka, bekerja dengan yakin kerana dengan keyakinan sahaja maksud akan tercapai;

mengesyaki
1. menaruh syak pada, berasa sangsi pada, mencurigai:
ia mula ~ Marina; Hilmi ~ sesuatu yang buruk sedang berlaku;

2. menyangka, menduga:
Kamal disyaki lari mengikut Komunis.

syajar

~ khuldi [Arab] sejenis pokok di syurga (siapa yang memakan buahnya akan hidup kekal).