syahadat

[Arab]

1. kesaksian, pengakuan;

2. = kalimah ~ kalimah pengakuan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh-Nya;

3. sijil, ijazah, syahadah;

bersyahadat
1. mengucapkan kalimah syahadat:
Ali mesti bertaubat atas kesalahannya dan ~ semula;

2. = anak tidak ~ anak di luar nikah, anak haram;

pensyahadatan perbuatan bersyahadat:
upacara ~ beramai-ramai.

syahadan

kata yang biasa dipakai pada permulaan cerita atau bab, selanjutnya …, lalu …:
~ datanglah kepada suatu hari, maka gajah itu pun sampailah.

syahadah

[Arab]

1. [arkaik] (surat) pengakuan, sijil, ijazah:
Shafik Afandi mempunyai ~ Al-Bakaluria;

2. syahadat.

syah

1. raja, baginda;
~ alam [sastera lama] raja segala alam;
~ alam di rimba gelaran kepada pelanduk;

2. raja (dalam permainan catur).

Syafii

mazhab ~ satu daripada empat mazhab yang teraku dalam agama Islam (didirikan oleh Imam Syafii).

syafaat

[Arab] kelebihan yang dikurniakan Allah kepada Rasulullah SAW untuk menolong umatnya di padang mahsyar kelak:
barang pintanya dikabulkan Allah SWT dengan berkat ~ Nabi Muhammad SAW.