arbitrari

1. tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau yang teliti, tidak berasaskan pemikiran (analisis dan sebagainya), mengikut sekehendak hati, sewenang-wenang:
pemisahan antara dunia yang bersifat analitik dan dunia nyata itu juga merupakan suatu pemisahan yang ~ kerana sifat ilmu itu tidak terpisah daripada masyarakat yang mendukungnya;

2. (Linguistik) berkaitan dengan sifat bahasa yang menunjukkan tiadanya kepadanan fizikal yang semula jadi antara bentuk bahasa dengan entiti sebenar.

arbitraj

usaha membeli barang di suatu tempat untuk dijualkan di tempat lain bagi mendapatkan keuntungan;
si ~ orang yang melakukan usaha tersebut.

arbei

[Indonesia-Belanda] sejenis tumbuhan (pokok yang buahnya boleh dimakan), Fragaria nesca.

araz

araznya [sastera lama] aral:
kalau-kalau bertemu dengan ~, jadi tiada sampai seperti kehendak Duli Yang Dipertuan itu.

arau III

sejenis tumbuhan (pokok) dalam famili Euphorbiaceae, lidah-lidah, kayu mapa, mentulang, odopon putih, Austrobuxux spp., Cephalomappa spp., Drypetes spp.

arau I

berbintik-bintik, berbelang-belang;
anjing ~ anjing belang;
~ batu bintik-bintik putih di atas dasar gelap;
~ hujan panas bintik-bintik merah di atas dasar putih.

Arasy

[Arab] singgahsana Allah yang tidak dapat diketahui hakikatnya oleh akal manusia dan hanya dapat diyakini kebenarannya.