azam I

kemahuan (keinginan, cita-cita, dan sebagainya) yang sangat kuat, tujuan (yang sesungguhnya):
dengan melancarkan projek-projek ini, kerajaan telah menunjukkan ~nya hendak menambah penghasilan sawah;

berazam mempunyai azam, bertujuan (dengan sesungguhnya), bercita-cita kuat (untuk melakukan atau mencapai sesuatu):
kerajaan ~ hendak meneruskan rancangan pembangunan;

mengazamkan mencita-citakan, mahukan (dengan sesungguhnya):
untuk mencapai cita-cita yang diazamkan;

keazaman kemahuan, keinginan yang sangat kuat:
Perdana Menteri mengulangi ~ kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara.

azali

[Arab] sejak dahulukala, sejak permulaan zaman:
nasib tiap-tiap orang telah tertulis pada suratan ~;
mereka menyangka bahawa alam ini wujud sejak ~ tanpa pencipta-Nya;

keazalian keadaan atau perihal azali:
~ ilmu.

azalea

sejenis pokok renek daripada genus Rhododendron yang mempunyai bunga besar berwarna merah muda, ungu, kuning atau putih.

azab

1. hukuman, seksaan (yang dideritai), kesengsaraan, kesusahan (yang dideritai seseorang);

2. susah sekali, sengsara:
kehidupan mereka sangat ~;

mengazab menghukum (dengan seksaan), menyeksa:
orang yang durjana akan diazab di neraka;

mengazabkan menimbulkan kesengsaraan (kesusahan yang amat sangat), menyengsarakan;

keazaban seksaan, kesengsaraan, kesusahan yang amat sangat:
~ yang dideritai oleh orang awam dalam masa peperangan.

ayun

gerak ke sana ke mari, goyang, buai;

ayun-temayun [sastera lama] bergantung dan berbuai-buai;
matahari ~ matahari mulai turun (hari mulai petang);

berayun, berayun-ayun berbuai(-buai), bergantung dan berbuai:
budak-budak ~ pada dahan-dahan pokok yang rendah itu;

mengayun
1. berayun, berbuai(-buai):
dahan yang patah itu ~ pada dawai telefon;

2. turun (berkenaan (dengan) matahari);
matahari sudah ~ sudah petang;

3. menggerakkan (tangan, senjata, dan lain-lain) sewaktu hendak memukul, menggerakkan untuk mengenakan (pukulan, senjata, dan lain-lain);
~ tangan hendak memukul;

mengayunkan menggerakkan:
~ tangan sewaktu menari;
~ langkah
;

terayun-ayun terbuai-buai:
seolah-olah kakinya ~ di udara;

ayunan
1. buaian (permainan budak-budak, tempat menidurkan bayi);

2. gerakan berbuai (buah jam), buaian jam;

3. gerakan mengayun (tangan dan lain-lain);

4. penghumban, ali-ali.

ayum

mengayum [arkaik] membantu (orang yang berbuat jahat);

ayuman bantuan (wang dan lain-lain) kepada orang yang berbuat jahat.