becok

bercakap dengan bising dan tidak henti-henti:
mereka ~ bercerita tentang hal masing-masing;
~ mulut
suka bercakap;

kebecokan ~ mulut perihal becok (mulut):
ada kesedihan yang tersimpan di sebalik keriuhan dan ~ mulutnya.

becak II

1. berlumpur, lecah:
padang agak licin dan ~ kerana hujan sejak beberapa hari;
tidak hujan lagi ~, inikan pula hujan (peribahasa) semasa senang sahaja sudah susah, apa lagi semasa susah;

2. tanah lembut yang berair, lumpur, selut:
mereka sanggup berkorban apa saja walaupun terpaksa meredah ~ dan menghidu bau busuk di kawasan itu;
penduduk terpaksa berjalan kaki menyusur liku-liku jalan yang dilitupi ~ dan lopak;

membecakkan mengotori dengan lumpur, melecahkan:
hujan lebat ~ jalan tanah merah di situ.

becak I

1. bintik, rintik, kurik;

2. kotoran;

berbecak-becak
1. berbintik-bintik, berintik-rintik, berkurik-kurik:
bajunya ~;

2. kotor:
seluarnya ~ kena lumpur.

beca II

[Terengganu] bengkak dan bernanah, khususnya pada kaki:
kuku jari mak cik yang kena duri nibung semakin ~.

beca I

sejenis kenderaan beroda tiga untuk seorang atau dua penumpang yang dikayuh oleh seseorang;
tukang ~ orang yang mengayuh beca;

berbeca menaiki (menumpang) beca.