bedal I

pukul:
ular itu mati kena ~;

membedal
1. memukul, menghentam:
dia dibedal perompak-perompak itu sehingga pengsan;

2. memakan hingga habis:
kuih-kuih itu habis dibedalnya;

3. [kiasan] menentang (pendapat, dan lain-lain):
saya tak bermaksud untuk ~ sesiapa pun dalam masalah ini;

4. mengambil buah dengan cara memukul dengan galah.

bedak I

bahan berbau harum (biasanya berupa serbuk halus) yang dipakai pada kulit (terutamanya pada muka);
~ air bedak yang sudah bercampur air;
~ batu = ~ buku bedak yang berketul;
~ dingin [Indonesia] bedak sejuk;
~ muka bedak yang dipakai untuk mencantikkan muka;
~ panas sejenis bedak untuk ubat;
~ podar bedak yang halus (seperti tepung);
~ sejuk bedak yang dibuat daripada tepung beras (dihancurkan dalam air sebelum dipakai);
~ siam bedak air yang wangi;

berbedak dibubuhi (disapu) bedak:
mukanya belum ~ lagi;

membedaki membubuh (menyapu) bedak pada:
dia mengambil sedikit bedak untuk ~ mukanya;

membedakkan membubuhkan atau menyapukan bedak pada:
dia ~ bayi itu.

bedah siasat

1. pemeriksaan secara pembedahan dan sebagainya yang dilakukan ke atas mayat atau bangkai binatang untuk mengetahui atau mengenal pasti punca kematiannya, post-mortem:
mayat mangsa dihantar ke Hospital Ampuan Rahimah untuk ~;
laporan ~ menunjukkan darah dua lelaki itu mengandungi alkohol;

2. analisis, kajian semula, perbincangan dan sebagainya sesuatu peristiwa (perlawanan dan sebagainya) yang baru berlaku, terutamanya untuk melihat punca kegagalannya dan sebagainya, post-mortem:
parti itu akan membuat ~ ekoran daripada kekalahan besar dalam pilihan raya kecil baru-baru ini;
pihaknya akan melakukan ~ untuk meneliti perkara yang berlaku sepanjang kejohanan itu;

membedah siasat melakukan bedah siasat:
beberapa pegawai dihantar untuk ~ bangkai gajah terbabit;
berapa kali prestasi pasukan bola itu hendak dibedah siasat?

bedah

1. pecah, rabak, sobek (berkenaan (dengan) bendungan dan lain-lain):
kerana hujan lebat, empangan itu telah ~;

2. berkaitan dengan (terlibat di dalam, digunakan untuk) pembedahan:
doktor ~;
ilmu ~;
perkakas ~;

membedah
1. membelah mana-mana bahagian badan untuk membuang atau merawat bahagian yang berpenyakit:
kalau tidak dibedah, penyakitnya itu tidak akan sembuh;

2. membelah bahagian tubuh (biasanya binatang untuk melihat isi di dalamnya untuk tujuan pembelajaran):
~ arnab;

pembedahan perbuatan (proses dan lain-lain) membedah:
untuk menyembuhkan penyakitnya, ia terpaksa menjalani ~;
~ itu mengambil masa tiga jam
;
~ jantung terbuka pembedahan besar ke atas jantung pesakit dengan pengaliran darahnya dilakukan secara mekanikal semasa pembedahan itu;
~ kosmetik pembedahan yang dilakukan untuk memperelok atau mempercantik penampilan, terutamanya rupa seseorang;
~ mikro mikrosurgeri;
~ plastik pembedahan untuk mencantikkan atau memulih bentuk sesuatu struktur tubuh yang cacat, berpenyakit, atau kurang cantik;

pembedah
1. orang (doktor) yang membedah;

2. alat untuk membedah.