bela II

mencari ~ = mengambil ~ = menuntut ~ menuntut balas (dengan cara membunuh pembunuh, memukul orang yang telah memukul orang lain, dan lain-lain);

membela
1. membunuh diri untuk ikut mati:
bersama-sama di atas lorong itu ialah mayat isteri-isteri yang telah ~ kematian suami mereka;

2. membalas membunuh dan lain-lain:
mereka bermuafakat hendak ~ kematian ayah mereka;

3. melindungi, menyelamatkan, mempertahankan:
aku ingin melihat anak aku menjadi doktor atau peguam supaya dapat ~ nasib orang miskin seperti aku;
jikalau mahkota ini tiada dibuangkan, tiadalah patik semua dapat ~ kenaikan ini;
tradisi ~ rakyat;
~ diri
mempertahankan diri(daripada tuduhan, dakwaan, dan sebagainya);

terbela dapat dibela (dilindungi, diselamatkan, dipertahankan):
nasib bangsa Melayu tidak ~ pada zaman penjajahan;

pembelaan perihal membela:
si miskin tetap menderita tanpa ~ yang sewajarnya;

pembela orang yang membela;
~ uri pemain terakhir dalam permainan gasing.

bela I

berbela terpelihara, berjaga:
misainya tidak ~;

berbelakan [sastera lama] memeliharakan, menyelamatkan:
maka orang pun semuanya datanglah ~ harta dalam istana;

membela
1. memelihara:
~ ayam dan itik;
~ anak sehingga dewasa;

2. memelihara makhluk halus seperti pelesit, hantu, dan lain-lain;

terbela dibela:
harta itu tidak ~ daripada bahaya api;

teperbela [sastera lama] dapat dibela (dengan sungguh-sungguh):
maka kenaikan ayah hamba pun tiada ~ lagi;

belaan yang dibela (orang, binatang, dan lain-lain), peliharaan:
kerbau itu ~ jiran saya;
aku tinggal anak-beranak seramai tujuh orang dan seorang anak ~;

kebelaan [sastera lama] belaan, yang dibela:
segala raja akan ditanyai Allah daripada segala ~nya, daripada segala rakyatnya;

pembelaan perihal membela, pemeliharaan;

pembela orang yang membela:
~ itik.

bekuk

[Indonesia] ;

membekuk
1. melengkokkan (mematahkan) benda yang keras;

2. = ~ batang leher menangkap (pencuri, perompak, dan lain-lain):
seorang pengawal merampas senjata api dan seorang lagi ~ perompak itu;

3. memperdayakan, menipu;

pembekukan pelengkokan, penangkapan, penipuan.

beku

1. pejal, keras (berkenaan (dengan) benda cair):
di kutub, air laut ~ sepanjang tahun;

2. [kiasan] kaku, tidak bergerak:
yang ~ dan tidak selaras dengan zaman moden;
bahasanya usang dan ~;
modal untuk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang;

3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak:
parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara;
~ otak
= ~ fikiran tidak mudah faham;

membeku menjadi beku:
darah yang keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~;

membekukan
1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal:
dalam masa seminggu sahaja , sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah;

2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dan lain-lain) buat sementara:
peminjaman wang untuk membeli kereta telah dibekukan pada bulan lalu;
~ jawatan
menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu;

kebekuan perihal (keadaan) beku:
keadaan ini boleh membawa kita keluar daripada ~ fikiran;

pembekuan perihal atau perbuatan membeku(kan):
batu-batan di negeri-negeri yang berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya;

pembeku bahan yang digunakan untuk membekukan sesuatu.