beku

1. pejal, keras (berkenaan (dengan) benda cair):
di kutub, air laut ~ sepanjang tahun;

2. [kiasan] kaku, tidak bergerak:
yang ~ dan tidak selaras dengan zaman moden;
bahasanya usang dan ~;
modal untuk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang;

3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak:
parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara;
~ otak
= ~ fikiran tidak mudah faham;

membeku menjadi beku:
darah yang keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~;

membekukan
1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal:
dalam masa seminggu sahaja , sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah;

2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dan lain-lain) buat sementara:
peminjaman wang untuk membeli kereta telah dibekukan pada bulan lalu;
~ jawatan
menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu;

kebekuan perihal (keadaan) beku:
keadaan ini boleh membawa kita keluar daripada ~ fikiran;

pembekuan perihal atau perbuatan membeku(kan):
batu-batan di negeri-negeri yang berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya;

pembeku bahan yang digunakan untuk membekukan sesuatu.

berkongsi