[Indonesia-Belanda] cukai, bea.
Category Archives: Kamus Dewan Online
belasah
sebat, sesah;
membelasah
1. memukul dengan kuat, menyebat, menyesah:
~ orang dengan rotan;
tiba-tiba belakangku dibelasah, berdebup bunyinya;
2. [kiasan] mengalahkan dengan teruknya.
belas II
kata pelengkap untuk menyebut bilangan antara 11 hingga 19;
se~ sepuluh dan satu;
dua ~ sepuluh dan dua;
belasan bilangan antara 11 hingga19;
pemuda-pemuda ~ tahun pemuda-pemuda yang berumur antara 11hingga19 tahun;
berbelasan, berbelas-belas dalam jumlah antara 11 hingga 19:
dalam suratnya ~ tahun yang telah lalu, disebutnya perkara ini;
kesebelasan pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11 orang):
pertandingan antara pasukan Polis dengan ~ Pulau Pinang.
belas I
hiba, turut bersedih, kasihan:
mereka terasa ~, terasa sedih melihat budak itu;
~ kasihan belas dan kasihan;
berbelas = ~ hati;
berasa belas hati;
~ kasihan berasa belas dan kasihan:
barangkali kerana kita berdekatan dan sama-sama senasib maka kita sama-sama ~ kasihan;
membelaskan = ~ hati menyebabkan rasa belas:
banyak cerita yang ~;
pembelas (orang yang) mudah atau selalu berbelas hati:
Jamilah sejak kecil merupakan seorang gadis yang ~ hingga ia tidak tergamak mengusir kucing pun.
belarak
[Jawa] daun kelapa yang kering.
belar
[arkaik];
selar-~ = membelar berkeliaran (ke sana ke mari).
belantuk
sejenis ikan darat, ketutu, Oxyeleotris marmoratus.
belantik III
[Jawa] perantara dalam berjual beli (ternakan), cengkau.
belantik II
bintang ~ bintang tiga beradik (dalam Orion).
belantik I
sejenis perkakas untuk menangkap binatang dan biasanya dibuat daripada tali dan pembidas (kalau binatang itu tersentuh tali ia akan terkena tombak, peluru atau jerat);
~ batang belantik yang dibuat daripada buluh yang dilubangkan di samping;
~ bidas = ~ embat = ~ terbang belantik yang menjerat kaki binatang;
~ pangkung belantik yang menyebabkan binatang kena pukul di kepala;
~ parak = ~ parap = ~ paut belantik yang menyebabkan binatang terkena tombak;
~ pesawat belantik yang menyebabkan binatang kena peluru senapang.