benzina

(Kimia) campuran hasil sulingan petroleum, yang mudah meruap dan mudah terbakar, digunakan terutamanya sebagai pelarut atau bahan api motor. beo (bo) = burung ~ sejenis burung yang dapat diajar bercakap beberapa perkataan, tiung;

membeo meniru perkataan (cakap) orang lain:
jangan engkau ~ orang sahaja;

pembeo orang yang membeo (meniru orang lain).

benzin

= minyak ~
1. petrol:
derum enjin kereta memekakkan telinga manakala bau ~ pula mengganggu hidung;

2. sejenis minyak tanah:
minyak ~ lampu gasolin itu yang mengalir keluar dan tumpah ke atas permaidani di bawahnya, dijilat api.

benzena

(Kimia) sejenis cecair yang tidak berwarna, beracun, diperoleh daripada petroleum, digunakan sebagai pelarut dan untuk membuat bahan kimia lain (seperti racun serangga).

benyai

1. benyek, lembik (dan berair) seperti nasi yang banyak air (buah yang terlampau masak);

2. lemah (tidak bertenaga), lenyai, letih, tidak ada nafsu kerja.

benum

membenum [Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] melantik (mengangkat) dalam sesuatu jabatan:
dibenum menjadi pegawai;

benuman
1. lantikan, pengangkatan;

2. orang yang dilantik.