benua

1. daratan yang sangat luas (Asia, Eropah, Amerika, Afrika, dan Australia):
~ Eropah;

2. negeri, tanah:
~ China;
~ Arab;
seperti burung gagak pulang ke ~
(peribahasa) orang pulang merantau jauh yang tidak bertambah pengetahuannya;

kebenuaan bersifat benua:
iklim ~ terlalu panas dan terlalu sejuk.

benturung

sejenis musang (rupanya seperti beruang kecil), tenturun, binturung, Arctictis binturong.

bentur II

berbenturan berlanggaran, berhantukkan, bertumbukan;

membenturkan melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan;

terbentur
1. terlanggar, terhantuk, tertumbuk:
kakinya ~ batu;

2. terhalang, terhambat, gagal:
maksudnya selalu ~;

perbenturan perihal berbenturan, pertentangan, perlanggaran:
ketegangan dalam kehidupan bangsa yang sedang berkembang, diakibatkan oleh ~ antara aspirasi ekonomi moden dengan aspirasi kebudayaan.

bentuk

1. lengkung, lentur:
~ busur panah;
pedang ~;

2. penjodoh bilangan untuk barang yang melengkung:
se~ cincin;

3. bangun, rupa, perawakan:
api begitu garang hingga jelas ternampak ~ tubuh orang itu;

4. cara, gaya, corak, susunan:
~ dan gaya penulisan serta bahasa kurang diperhatikan;
~ pemerintahan;

membentuk
1. melengkung, melentur:
~ seperti kail;

2. menjadikan atau membuat supaya melengkung;

3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yang tertentu, membuat sesuatu dengan bentuk atau rupa yang tertentu;

4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun:
~ kata terbitan yang baru;
~ syarikat kerjasama;
~ kabinet baharu;

terbentuk dibentuk:
batu-batu seperti batu kapur dan batu pasir menyebabkan ~nya bukit-bukit;
tidak ~
tidak terdidik, tidak terajar;

bentukan sesuatu yang sudah dibentuk;
kata ~ [Indonesia] kata terbitan, kata buatan (baru);

pembentukan perihal (perbuatan, usaha, dan sebagainya) membentuk:
ia berazam untuk mengambil peranan dalam ~ masyarakat baru;

pembentuk orang atau alat yang membentuk.

bentrok

berbentrokan berlanggar, berselisih, bertengkar, bertentangan:
anak itu selalu ~ dengan abangnya;

membentrokkan
1. melanggarkan, menghantukkan, menumbukkan:
ia ~ keretanya pada tiang lampu;

2. membuat orang berselisih, melagakan, mengadudombakan:
~ anak dengan bapa;

bentrokan perselisihan, pertentangan, pertengkaran:
~ antara kedua-dua mereka itu sudah diselesaikan oleh orang tua mereka;

pembentrokan perihal membentrokkan.

bentonit

sejenis tanah liat yang berasal daripada abu gunung berapi, digunakan dalam industri binaan, farmaseutikal, dan kertas.