tauliah

1. pelantikan menjadi wali (wakil dan lain-lain), surat pelantikan (menjadi wali, wakil, dan lain-lain):
bilakah ada pilihan raya memilih saya jadi ketua kampung, mana ~nya?

2. surat kuasa (sebagai wakil dan lain-lain), surat kepercayaan;

bertauliah mempunyai tauliah, ada tauliahnya:
hanya amil-amil yang ~ sahaja yang boleh menerima zakat daripada orang ramai;

mentauliahi memberi tauliah kepada;

mentauliahkan memberi tauliah, memberi kuasa:
adalah yang berteriak ~ kerajaan itu ialah Kelana Jaya Putera;

pentauliahan penyampaian (pemberian) tauliah:
teman wanitanya tidak dapat bersamanya di majlis ~ pegawai kadet itu.

taul

[arkaik];

menaul menambat pengayuh (dayung) pada birai perahu, menggantungkan sauh pada birai perahu.

tauke

[Cina] tuan punya badan perniagaan (kedai dan lain-lain), peniaga, saudagar:
~ Cina tempat aku membeli kipas.

tauk

[Kedah];

menauk
1. membuang (melemparkan, mencampakkan) sesuatu;
~ langkah mengangkat langkah, melangkah;
~ sauh mencampakkan sauh;

2. menangguk ikan.