tauhid

[Arab] keesaan atau ketunggalan (Allah);
ilmu ~ ilmu berkenaan keesaan Allah;
dengan ~ hati dengan sepenuh-penuh hati, dengan bulat hati;
kuat ~nya kuat kepercayaannya (imannya) yang Allah itu esa;

mentauhidkan
1. mengakui bahawa Tuhan itu esa (satu);

2. mengesakan, menyatukan, menumpukan hati, memusatkan (hati);

ketauhidan yang berkaitan dengan tauhid, tauhidiah;
ilmu ~ ilmu tauhid.

taufik

[Arab] panduan dan pertolongan (Allah):
kami meminta kepada Tuhan supaya memberi ~ dan hidayat kepada cikgu.

taucu

[Cina] sejenis makanan yang dibuat daripada kacang kedelai putih (soya) dengan garam.

taubat

1. sesal akan dosa (perbuatan jahat dan lain-lain) dan berazam tidak akan berbuat dosa (jahat) lagi, perasaan tidak senang (rasa kesal) kerana telah melakukan kesalahan dan berazam tidak akan mengulanginya lagi:
~lah kakanda, janganlah kakanda perbuat lagi seperti yang telah lalu;

2. kembali kepada Tuhan (dengan meninggalkan perbuatan dan lain-lain yang dilarang dan membuat apa-apa yang disuruh), kembali atau pindah agama kepada agama yang dianggap benar:
dahulu ia seorang ateis, tetapi sekarang sudah ~ nampaknya, hendak naik haji pula;
~ nasuha
taubat (rasa kesal) yang sesungguhnya;

3. [bahasa percakapan] sudah tidak berani berbuat lagi, sudah bosan, sudah jera:
~, aku tak pergi lagi;

4. kata seru untuk menyatakan perasaan hairan (kesal, sebal, dan lain-lain):
~, ~, bodoh benar budak ini!

bertaubat
1. menyesal dan berazam memperbaiki diri, mengaku salah, berasa serik;

2. kembali kepada Tuhan atau agama;

menaubatkan
1. membuat orang taubat (menyesali dosanya dan kembali kepada Tuhan);

2. menjerakan, mengalahkan.