tatu II

pertunjukan muzik dan kawat oleh anggota-anggota keselamatan (polis, tentera, dan sebagainya).

tatu I

tanda pada badan yang dibuat dengan melarik dan mencucuk dan memasukkan warna, cacah;

bertatu memakai atau mempunyai tatu, bercacah:
kedua-dua belah lengan penjenayah yang ditembak mati itu didapati ~.

tating II

1. sejenis renda hiasan yang disirat daripada benang:
benang itu disirat-siratnya menjadi ~;

2. proses membuat renda hiasan secara menyirat-nyirat benang dengan menggunakan cuban.

tating I

menating membawa (mengangkat) sesuatu di atas tapak tangan, menatang, menayang;

menatingkan mengangkatkan sesuatu di atas tapak tangan, menatangkan:
maka Poniemlah yang menyenduk, sedang yang ~ ke muka ialah Mariatun;

tatang, tayang I.

tatih

bertatih-tatih, tertatih-tatih
1. berjalan selangkah demi selangkah dengan huyung-hayang (kanak-kanak yang mulai belajar berjalan);

2. [kiasan] baru mencuba-cuba berusaha (perniagaan dan lain-lain), baru belajar:
orang Melayu yang dengan modal sekelumitnya baru hendak ~ dalam bidang perniagaan;

menatih memimpin kanak-kanak untuk belajar berjalan.

tataurusan

cara dan peraturan untuk mengurus sesuatu, sistem pengurusan:
~ syarikat itu akan disusun semula.