(Fizik) unit ukuran kuasa elektrik.
Category Archives: Kamus Dewan Online
watikah
surat dan sebagainya yang menjadi bukti sesuatu pengiktirafan (kuasa, hak, dan sebagainya) yang diberikan kepada seseorang:
pengisytiharan itu telah dibacakan oleh Menteri Besar Perak sebaik-baik sahaja beliau menerima ~ daripada Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.
wati
[arkaik]
1. [sastera lama] alam, angkasa, langit (dalam kata majmuk);
2. bentuk yang menyatakan perempuan (seperti yang digunakan dalam perkataan peragawati dan seniwati).
wates
watas.
waterpruf
[bahasa percakapan] tidak masuk air, kalis air, kedap air:
jam tangannya ~.
waterpas
[Indonesia-Belanda],
1. [bahasa percakapan] sejenis alat untuk menentukan rata tidaknya (permukaan dan lain-lain);
2. rata (permukaan dan lain-lain).
watermantel
[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] sejenis senapang mesin besar yang larasnya berselongsong yang diisi dengan air.
watek
[Jawa] watak.
watas
[Jawa] batas, perenggan, sempadan:
sebatang sungai mengalir dekat ~ kebun itu;
berwatas, berwatasan berbatasan, berperenggan, bersempadan:
di sebelah utara Tanah Arab, ~ dengan daerah Kerajaan Rom;
mewatasi membatasi, menyempadani;
perwatasan perbatasan.
wataniah
[Arab] perihal tanah air, yang berkaitan dengan tanah air;
tentera ~ tentera sukarela.