watan

[Arab] tanah air, tanah tumpah darah:
rela berkorban untuk berbakti kepada ~;

kewatanan semangat untuk membela nasib bangsa dan negara:
faham kebangsaan Melayu berdasarkan ~, rasa kemanusiaan, dan persaudaraan.

wat

rumah berhala Buddha, kuil, tokong:
mereka bersoal jawab dengan salah seorang sami di ~ tersebut.

watak
1. sifat (seseorang) yang zahir dan batin (merangkumi budi pekerti dan tabiatnya, tingkah lakunya, jiwanya, pemikirannya, dan sebagainya):
kesopanan dan ketenangan mereka menggambarkan ~ orang yang berpendidikan;

2. tokoh atau pelaku dalam karya sastera atau seni (seperti novel, cerpen dan drama, dan sebagainya):
penulis itu memberikan personaliti kepada tiap-tiap ~nya;

berwatak mempunyai watak, berbudi pekerti, berkeperibadian:
dia sendiri memang sudah ~ seniman;

berwatakkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sebagai watak:
nama Parameswara tidak pernah disebut dalam Sejarah Melayu, tetapi yang disebut ialah Raja Iskandar Syah yang tentunya ~ Islam;

perwatakan
1. watak (seseorang) keseluruhannya, keseluruhan watak:
~ Panji Semirang pada keseluruhannya tidak lari daripada sifat asasinya sebagai seorang perempuan;

2. pembentukan watak, penggambaran (pemaparan dan sebagainya) watak.

waswas I

1. (perasaan) sangsi:
dia mahu suaminya hidup di sisinya tanpa bimbang dan ragu-ragu, tanpa syak dan ~;

2. (perasaan) curiga, kecurigaan:
daripada perjumpaan itu hilanglah ~ aku kepadanya;
seorang babu yang tidak pernah aku lihat yang berwajah samseng mengerling aku dengan ~ dari pintu;

3. khuatir:
janganlah Datuk berasa ~ terhadap perkataan hamba;

mewaswaskan menyebabkan berasa waswas:
saya ingat tidak ada apa-apa lagi yang boleh ~ hati;

kewaswasan rasa (keadaan) waswas:
dalam dirinya ada ~ tentang kesahan sembahyangnya;

wassalam

[Arab]

1. selamatlah, sejahteralah;

2. hormat dan takzim daripada (biasanya pada penutup surat).

waspada

= berwaspada tidak cuai, berawas-awas, berhati-hati, berjaga-jaga, beringat-ingat:
dia selalu ~ dan berhati-hati benar;

kewaspadaan perihal atau keadaan waspada:
~ tentera kita diperhebat lagi.

waslah

[Arab] tanda dalam tulisan Arab yang menunjukkan penyambungan yang menghilangkan bunyi huruf alif (hamzah), penghubungan, perangkaian.

wasitah

[Arab]

1. wasit perempuan;

2. pengantara (dalam perkahwinan), telangkai;

3. orang perempuan yang boleh berhubung dengan orang halus;
ilmu ~ ilmu pengetahuan yang boleh menghubungkan diri seseorang dengan roh.