wayang

1.patung dan lain-lain yang dibuat daripada kulit dan lain-lain untuk mempertunjukkan sesuatu cerita:
kita adalah ~ di tangan dalang;

2. pertunjukan pentas (sandiwara, bangsawan, dan lain-lain);
anak ~ orang yang berlakon dalam pertunjukan pentas (sebagai profesion);

3. = ~ gambar = ~ gelap pertunjukan gambar hidup yang berupa cerita dan sebagainya (yang ditayangkan pada layar putih):
budak-budak di situ dapat menonton ~ gambar di sebuah panggung tempatan;
panggung ~
tempat wayang gambar dipertunjukkan (ditayangkan);
~ bangsawan sejenis pertunjukan pentas (sandiwara dan nyanyi-nyanyian);
~ Cina = ~ potehi sejenis permainan pentas orang Cina;
~ golek = ~ kelitik = ~ kerucil = ~ patung = ~ tongkol wayang yang dibuat daripada kayu (berupa anak-anakan dan lain-lain);
~ kulit = ~ purwa wayang daripada patung-patung yang diperbuat daripada kulit;
~ orang sejenis sandiwara Jawa dengan tarian yang diiringi oleh gamelan (melakonkan cerita-cerita yang berasal daripada kitab Mahabharata);
~ suluh [Indonesia] wayang kulit yang dimainkan dalam bahasa Indonesia;

mewayangkan memainkan wayang, menjadikan lakonan wayang, melakonkan, mendalangkan.

wawas

;
mewawaskan
menghasilkan wawasan:
jika mahu membentuk masyarakat Malaysia yang bertaraf maju seperti yang diwawaskan, sembilan cabaran hendaklah diatasi;

wawasan
1. fahaman atau tanggapan berkenaan sesuatu hal, pandangan, konsepsi:
pola penceritaannya lebih kelihatan seperti main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~;

2. pandangan jauh (terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi:
W~ 2020;
kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dengan cemerlang;

berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu:
agama Islam berjaya membentuk tamadun yang harmoni, merdeka dan ~ tinggi;
sememangnya dia seorang pemimpin yang ~.

wawancara

soal jawab antara wartawan dan sebagainya dengan orang yang terkemuka dan lain-lain untuk mendapatkan keterangan (pandangan dan sebagainya) untuk disiarkan, temu ramah, temu bual, interviu;

berwawancara bersoal jawab antara wartawan dengan orang yang terkemuka dan lain-lain, bertemu ramah, bertemu bual;

mewawancara, mewawancarai mengadakan (melakukan) wawancara, menemuramah, menemu bual, menginterviu:
dari siang tadi sampai petang ini rajin sekali doktor Robert Winata memeriksa sambil mewawancarai diriku;
sebuah akhbar mingguan telah ~ beberapa orang pemuda bukan Melayu;

pewawancara orang (wartawan dan sebagainya) yang mewawancara, penemu ramah, penemu bual, penginterviu.

wau III

[kata seru] untuk melahirkan rasa kagum, terkejut, atau seronok:
~, besarnya ikan ini!

wau II

1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam);

2. huruf ke-30 abjad Jawi;
tahun ~ tahun yang ketujuh dalam satu windu:
pada tahun Hijrah seribu seratus sebelas, tahun ~.

wau I

layang-layang yang dibuat daripada kertas dan buluh:
~ bulan;
~ kapal;
~ kemetek;
bagai ~ putus teraju
(peribahasa) putus harapan dan berserah kepada nasib;
laksana ~ melawan angin (peribahasa) membuat pekerjaan yang tidak mungkin terkerjakan.

watt-jam

unit kerja atau tenaga yang bersamaan dengan 1 watt kuasa elektrik yang digunakan selama 1 jam.