sejenis ikan laut, Chirocentrus dorab.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tegap I
1. kukuh dan kuat (tubuh badan), gagah serta kuat (sikap badan), berisi lagi kuat (tubuh badan):
badannya masih ~, pandangannya masih baik;
2. kuat, kukuh, teguh, utuh:
gunakan meja yang ~ dan cukup tingginya supaya tidak membongkok apabila bekerja;
3. kuat atau erat (ikatan dan lain-lain), kukuh (letak sesuatu dan lain-lain);
4. [kiasan] kukuh (keadaan ekonomi atau politik dan lain-lain);
~ hati teguh hati;
~ sasa = ~ tegun [sastera lama] tegap serta kuat;
menegapkan menjadikan tegap, meneguhkan, menguatkan, mengukuhkan:
akar ~ berdirinya pokok;
piutang atau pertaruhan wang di luar negeri itu membantu ~ kedudukan kewangan negeri;
ketegapan perihal tegap, kegagahan (badan), keteguhan, kekuatan, kekukuhan (tali dan lain-lain).
tegang
1. sering, cekang, kencang (tali, spring, dan lain-lain), tidak kendur, tidak lembap, regang (kulit gendang dan lain-lain):
tali yang direntang itu mestilah ~;
2. tidak lembut (rambut dan lain-lain), kaku, keras dan liat (daging, otot, dan lain-lain):
segala urat dan ototnya telah menjadi ~ dalam masa membuat senaman itu;
3. sangat nyaring, keras, langsing (suara dan lain-lain):
~ sahaja bunyi suaranya;
4. [kiasan] tidak mesra (persahabatan dan lain-lain), bertentangan, genting (perselisihan dan lain-lain):
hubungan antara Kemboja dengan Vietnam Selatan telah ~ sungguh;
suasana menjadi ~ ;
~-magang keras dan liat;
~-teguk [Perak], [bahasa percakapan] berkehendak sangat;
~ dinanti kendur, keras dinanti lunak (peribahasa) untuk menyelesaikan perselisihan hendaklah dinantikan waktu kedua-dua belah pihak reda kemarahannya;
~ yang berjela-jela, kendur yang berdenting-denting (peribahasa) pemerintahan yang baik, di dalam keras ada lunaknya dan di dalam lunak ada kerasnya;
kendur mengusut, ~ memutus (peribahasa), [Minangkabau] perihal pentadbiran yang kurang baik (kelemahannya menyebabkan kekacauan dan kekerasannya menimbulkan kerusuhan);
bertegang, bersitegang;
~ (urat) leher tidak mahu mengaku kalah, berkeras, mengotot:
aku pun menuju ke dapur tempat ayah dan ibuku sedang ~ leher itu;
~ urat leher ~ buku lidah (peribahasa) tidak ada yang mahu mengaku kalah (dua orang dalam perdebatan);
menegang
1. menjadi tegang:
urat-urat di wajahnya ~;
2. merentang;
menegangi menarik supaya tegang:
tegangilah kail itu;
menegangkan
1. menjadikan tegang, menarik dan lain-lain supaya tegang, meregangkan:
berapakah panjang spring itu jika tidak ditegangkan?;
2. ki menjadikan genting (perhubungan dan lain-lain), meruncingkan (perselisihan):
peristiwa yang berlaku itu telah ~ lagi perhubungan antara kedua-dua buah negara tersebut;
mempertegang menjadikan lebih atau bertambah tegang;
tegangan, pertegangan keadaan tegang;
~ permukaan (Fizik) sifat permukaan cecair yang bertindak seolah-olah sebagai lapisan kulit kenyal (disebabkan daya tarikan antara molekul-molekul cecair yang berada di permukaan);
ketegangan
1. perihal atau keadaan tegang;
2. pertentangan yang keras, kegentingan, keruncingan:
~ politik Asia Tenggara sekarang akan dibincangkan selama empat hari;
penegangan proses menegangkan sesuatu:
~ dan pengenduran otot;
penegang alat (bahan, ubat dan sebagainya) yang digunakan untuk menegangkan sesuatu (seperti tali, kulit, urat dan sebagainya):
minyak gamat dijadikan ~ urat;
sedak digunakan sebagai ~ kulit gendang.
tegal III
sejenis ikan laut, Megalaspis cordyla.
tegal II
[Indonesia] tanah kering (yang diusahakan), cerang, ladang;
tegalan;
tanah ~ tegal.
tegal I
[sastera lama] kerana, oleh sebab;
~ itulah oleh sebab itulah, kerana itulah;
alah bisa ~ biasa (peribahasa) kalau selalu diperbuat pekerjaan itu hilanglah ketakutan dan kecanggungannya (pengalaman praktik lebih berguna daripada teori).
tegak
1. berdiri:
lambat amat ibu ~;
2. lurus ke atas (garisan, tiang, sikap badan, dan lain-lain):
dia berdiri ~;
3. tidak berbengkang-bengkok, lurus, tepat (pandangan):
gunakan benang halus dan jarum halus supaya ~ jahitannya;
4. [kiasan] tetap tidak berubah, tetap teguh (pendirian dan lain-lain):
mereka tetap ~ dengan pendirian mereka;
5. = setinggi ~ sama tinggi dengan orang berdiri, sependiri;
6. wujud dan berkembang (sesuatu yang abstrak):
mereka menganggap bahawa agama itu ~ di atas sangkalan tersebut;~ cancang tegak lurus (letak telinga binatang dan lain-lain);
~ damar tempat memasang damar;
~ duduk sekejap berdiri sekejap duduk (gelisah);
~ ekor menunjukkan keberanian dan kegarangan masing-masing;
~ tegun tegak dan tidak bergerak-gerak;
~ pada yang datar (peribahasa) tetap berpegang pada kebenaran;
~ sama tinggi, duduk sama rendah (peribahasa) dua orang yang sama darjatnya;
~ seroman-roman, duduk serupa-rupa (peribahasa) dipandang rupa sebagai orang kaya (orang pandai) tetapi sebenarnya tiada harganya dalam masyarakat;
yang ~ disokong, yang lemah ditopang (peribahasa) orang yang kaya itu biarlah bertambah kaya tetapi yang miskin patut dibantu pula;
setegak setinggi orang berdiri, sependiri (tingginya);
tegak-tegak
1. sentiasa tegak (berdiri), berdiri tidak dengan sungguh-sungguh;
2. berdiri (duduk dan lain-lain) lurus-lurus:
mereka itu disuruhnya berdiri ~ seperti askar;
3. [kiasan] dengan terang-terang, dengan begitu sahaja, mentah-mentah:
dihalaunya ~ sahaja agaknya;
kapal musuh yang lengkap dengan senjata itu ditentangnya ~;
bertegak;
~ lutut duduk dengan lutut ditegakkan;
~ nama [Minangkabau] berkenduri untuk memberi nama;
~ penghulu [Minangkabau] merasmikan perlantikan penghulu;
menegak
1. lurus ke atas, tidak condong atau miring:
sesuatu garisan itu ~ jika ia menghala ke pusat bumi ini;
2. bergerak dari satu tangga gaji dalam sesuatu peringkat ke peringkat yang lebih tinggi dalam tangga yang sama dalam Sistem Saraan Baru (berkenaan (dengan) pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia);
menegakkan
1. meletakkan berdiri tegak (tiang dan lain-lain), mendirikan:
~ tiang;
2. [kiasan] membina, membangunkan (rumah dan lain-lain), menubuhkan (persatuan dan lain-lain):
~ rumah;
~ perkumpulan;
3. menjadikan (menyebabkan) tegak:
~ bulu roma;
4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dan lain-lain), memelihara atau mempertahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dan lain-lain):
perjuangan untuk ~ bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan;
berusaha untuk ~ keamanan dalam kawasan ini;
5. memegang teguh (pada pendapat, pendirian, kebenaran, dan lain-lain), mempertahankan (pendapat dan lain-lain):
Tuhan sentiasa berada dengan kita dalam ~ kebenarannya;
6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dan lain-lain), memperteguh;
tertegak tiba-tiba berdiri tegak, terdiri:
beberapa minit kemudian kereta itu pun ~ di depan pejabat besar;
dengan ~nya keadilan, seseorang hakim akan bebas bertindak mendaulatkan undang-undang;
ketegakan perihal tegak, kedudukan;
penegakan perihal menegakkan;
penegak
1. sesuatu yang menegakkan (mendirikan), pendiri;
2. orang (pihak) yang memperjuangkan sesuatu:
~ kebenaran;
sepertegak [Minangkabau] sepersalinan pakaian:
sekarang dia hendak pulang, seperti sediakala juga, dengan nasi sebungkus dan kain ~.
tegah
sesuatu yang tidak dibenarkan, larangan, lawan suruh (perintah):
dengan jalan tafsir dapat mengetahui suruh dan ~, halal dan haram;
~ larang(an) barang apa yang terlarang;
~ suruh larangan dan perintah;
menjauhkan (menghentikan) ~ tidak melakukan apa-apa yang terlarang;
bertegah terlarang;
tidak ~ tidak dapat dilarang, tidak terlarang;
menegah
1. tidak membenarkan (melakukan sesuatu), melarang:
Islam ~ seorang laki-laki berkhalwat dengan perempuan yang halal nikah dengannya;
2. menahan (daripada melakukan sesuatu), mencegah, menghalang:
maka ditegah oleh Bendahara, tiada diberinya melawan;
tegahan apa yang ditegah, larangan, sekatan:
di sana tidak ada ~ membuang sampah.
tegadas
bedil ~ sejenis bedil zaman dahulu.
tega
tidak menaruh belas kasihan, tidak peduli akan kesusahan dan sebagainya orang, sampai hati.