tedung

ular ~ sejenis ular yang amat bisa dan dapat mengembangkan tengkuknya, Naja spp.;
(ular) ~ abu
sejenis ular, Naja bungarus;
(ular) ~ selar
sejenis ular, Naja hannah;
ular ~ senduk
sejenis ular, Naja tripudians;
ayam ~
ayam sabungan yang merah tua bulunya serta hitam mata dan kakinya.

teduh

1. sudah beransur kurang, tidak kencang lagi, reda (angin, ribut, ombak, dan lain-lain):
maka ribut itu pun ~lah;

2. sudah beransur kurang, sudah berhenti, sidang (hujan):
teman-temannya sedang berbual-bual sambil menunggu hujan ~;

3. terlindung daripada panas matahari, tidak kena panas matahari, lindap:
jika kita berdiri di tempat yang ~ kita tidak dapat melihat matahari dan tidak dapat merasa habanya;

4. tidak hujan (cuaca), muram (matahari), redup, suram:
matahari sudah mulai ~;

5. [kiasan] aman, tenang;
Lautan T~ Lautan Pasifik;
lagi ~ lagi berkajang, lagi terang lagi bersuluh (peribahasa) memilih yang sebaik-baiknya (memilih menantu dan lain-lain);

berteduh
1. berlindung daripada panas matahari (hujan, ribut, dan lain-lain), bernaung:
tatkala itu panas terlalu terik, beliau pergi ~ di bawah sepohon kayu kelat;

2. = berteduhkan (daripada) menjauhkan (daripada), melindungkan (daripada), memeliharakan (daripada):
Surgiwa berteduhkan dirinya di bawah daun asam itu daripada hujan dan panas;

3. menumpang tinggal, diam, duduk:
aku bangga kerana telah memberinya tempat ~ di rumahku;
hujan tempat ~, panas tempat berlindung
(peribahasa) orang yang selalu memberikan pertolongan kepada orang banyak dalam segala hal;

meneduh [Jakarta] berteduh;

meneduhi melindungi, menaungi:
anjung yang terbuka diteduhi oleh bidai putih hijau;

meneduhkan
1. meredakan, menghentikan, menenangkan (hujan, ribut, dan lain-lain);

2. menjadikan terlindung daripada panas matahari:
dia ~ basikalnya di bawah pokok yang rendang itu;

3. membawa ke tempat yang teduh;

keteduhan
1. perihal teduh, keredaan, ketenangan, kelindungan;

2. terlindung daripada hujan atau panas matahari:
sudah hampir pukul lima, bangku tempat mereka duduk ~ pula;

peneduh sesuatu yang boleh menyebabkan terlindung daripada panas matahari, hujan dan sebagainya:
sekitar masjid dihiasi dengan pokok ~ dan bunga-bungaan.

tedeng

[Jawa] benda yang digunakan sebagai pendinding (supaya tidak kelihatan dan lain-lain), tabir, tebeng;
~ aling-aling ki apa yang digunakan untuk menyembunyikan rahsia (perbuatan buruk dan lain-lain);
dengan ~ aling-aling tidak dengan terus terang, dengan diam-diam (berselindung);
main ~ aling-aling(an) melakukan sesuatu dengan sembunyi-sembunyi;

bertedengan tidak dengan terang-terang, berselindung, bersembunyi-sembunyi.

tebus I

bertebus (telah) ditebus:
harta benda yang ditinggalkan oleh ibu bapanya dahulu itu terjual dan tergadai hilang tidak ~;

menebus
1. membayar wang untuk mendapatkan kembali barang-barang yang tergadai:
barang-barang yang digadai dahulu sudah ditebus;

2. membeli kembali barang-barang (harta dan lain-lain) yang telah dijual:
kau mesti mengumpulkan wang untuk ~ kembali segala harta ibu bapamu yang kaujual dahulu itu;

3. membayar wang dan lain-lain untuk membebaskan (hamba, sandera, orang tawanan, dan lain-lain):
orang Quraisy ~ orang tawanan dengan harta benda yang dibayar kepada orang Islam;

4. menukarkan cek dan lain-lain dengan wang di bank:
hendaklah sekolah membuat perhubungan dengan bank supaya bank bersedia menerima cek-cek ini daripada guru-guru yang ~nya;

5. [Indonesia] mengambil barang catuan dan lain-lain dengan menyerahkan kupon dan lain-lain;

6. berbuat jasa (kebaikan dan lain-lain) untuk menghapuskan sesuatu kesalahan (dosa dan lain-lain):
dia kurang berani, kurang insaf, dia harus ~ dosanya;

7. membela kekalahan (kegagalan dan lain-lain), memulihkan kehormatan (nama baik dan lain-lain), menutup malu:
dengan jalan ini Singapura berjaya ~ kerugian yang telah dialaminya dalam bulan September yang lalu;

8. membalas jasa (budi, kebaikan, dan lain-lain) yang diterima:
tiap-tiap kebaikan itu akan ditebus kelak;

9. menepati janji dan lain-lain yang telah dibuat, menunaikan (janji dan lain-lain);

10. menyelamatkan (jiwa, nyawa, dan lain-lain) orang dalam bahaya;

11. mengorbankan (jiwa, harta benda, dan lain-lain) untuk mendapatkan sesuatu:
kejayaan beliau sekarang ini ditebus dengan pengalaman dan penderitaan hidup yang pahit;

12. mengikat jamin (orang yang ditahan polis dan lain-lain):
ayah telah mengambil wang dan segera pergi ke mahkamah untuk ~ Mak Jah;
~ malu
melakukan sesuatu untuk menutup malu;
~ talak meminta supaya diceraikan dengan membayar kembali mahar kepada suami;

tertebus dapat ditebus;

tebusan
1. sesuatu yang ditebus;

2. (wang dan lain-lain) untuk menebus:
kalau dapat menculik anak doktor itu, kami dapat minta wang ~ yang besar;
~ darah
bela, tuntutan bela;
hamba (orang) ~ orang yang menjadi hamba kerana hutang, budak belian;

penebusan perihal menebus:
maka banyaklah harta yang terkumpul hasil daripada ~ orang-orang tawanan Quraisy itu;

penebus
1. orang yang menebus;

2. apa yang boleh atau yang digunakan untuk menebus:
darahnya mahu menjadi ~ darah ayah dan ibuku;
taraf haji mabrur sahaja yang dapat menjadi ~ kepada segala dosa.

tebus guna

menebus guna menukar (gurun, paya, dan lain-lain) menjadi tanah yang sesuai untuk tanaman, bangunan, dan sebagainya;

penebusgunaan penukaran (gurun, paya, laut, dan lain-lain) menjadi tanah yang sesuai untuk tanaman, bangunan, dan sebagainya.