tegun

bertegun, menegun berhenti sebentar:
~ di pintu;

tertegun tiba-tiba terhenti dan terdiam, berdiri tegak (tidak bergerak-gerak), terhenti (kerana hairan, terperanjat, memikirkan sesuatu, dan lain-lain):
~ sejurus ia di muka pintu kamar itu;
yang bernyanyi ~ yang bercakap dan tertawa berdiam diri;

tertegun-tegun sebentar-bentar berhenti, terhenti-henti, tertahan-tahan, terputus-putus:
ia melangkah, berjalan lambat-lambat disela-sela tempat yang telah diduduki orang, ~ sambil melayangkan mata kian ke mari.

teguk

seteguk sebanyak yang ditelan sekali (air):
minta air barang ~ dan nasi barang sesuap;

meneguk minum (air, ubat, dan lain-lain), menelan (air):
mereka ~ kopi masing-masing;

tegukan sesuatu yang diteguk;

ketegukan [arkaik] tersedak, kesedakan;

deguk.

teguh

1. tidak mudah terbongkar atau roboh, kukuh (buatannya), kuat, erat (ikatannya dan lain-lain):
jikalau sepohon kayu banyak akarnya lagi ~, apakah ditakuntukan ribut;
kainnya ~, tahan lama, ringan dan senang dicelup;

2. [kiasan] kuat (tali persaudaraan, persahabatan, dan lain-lain), rapat:
demikian sekali ~nya tali persaudaraan yang telah diikat antara orang Muhajirin dengan orang Ansar itu;

3. [kiasan] tidak merosot (ekonomi dan lain-lain), kuat:
keadaan ekonomi negeri kita tetap ~, baik dari segi kewangan mahupun barang-barang;

4. tidak berubah (iman, hati, pendirian, kesetiaan, dan lain-lain), tetap:
beliau mempunyai keazaman yang ~ dan kesanggupan yang kukuh untuk menghadapi berbagai-bagai peristiwa hidup;
~ hati
= hati ~ kuat hatinya;
~ setia tidak berubah-ubah kesetiaannya;
yang ~ disokong, yang rendah ditindih (peribahasa) ketidakadilan;

berteguh memperkukuhkan diri, memperlengkapkan diri (supaya lebih teguh);
~ hati menguatkan hati, dengan teguh hati;

berteguh-teguh, berteguh-teguhan ~ janji saling menyatakan setia kepada janji;

berteguhkan sl, meneguhkan berpegang teguh (pada janji dan lain-lain);

meneguhkan
1. menguatkan, mengukuhkan:
~ angkatan laut;

2. menyungguhkan, mengesahkan:
beliau telah ~ kebenaran berita itu;

3. berpegang teguh (pada janji), tetap memenuhi janji (kata-kata);
~ janji menepati janji;
~ setia tetap setia;

memperteguh menjadikan lebih teguh, memperkuat:
kita dapat ~ negara dan dapat menjamin keselamatan dan kebahagiaan hidup rakyat kita;

keteguhan perihal teguh (hati, iman, dan lain-lain), kekuatan, ketabahan, ketetapan:
~ hati dan ketabahan jiwa yang begini adalah menunjukkan sifat keperwiraan hulubalang Melayu;

peneguhan perihal meneguhkan, penguatan, pengukuhan, penyungguhan;

peneguh sesuatu alat (unsur, fakta dan sebagainya) yang meneguhkan atau memperteguh:
anak merupakan ~ ikatan perkahwinan suami isteri.

tegas

1. jelas serta terang (kelihatan dan lain-lain), nyata:
dengan suara ~ dan jelas ia berkata;

2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat:
hukuman yang ~ mestilah segera dijalankan;

3. kata atau ujar (yang tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dan lain-lain):
Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera untuk menghalau komunis-komunis keluar dari Danang, ~ beliau;

4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya:
~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;

bertegas mengatakan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (beria-ia) :
raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;

menegas [arkaik] meminta penjelasan (keterangan);

menegaskan
1. menerangkan, menjelaskan:
di dalam bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar nombor asas dalam kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi;

2. mengatakan (menyatakan) dengan tegas:
aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung;

3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan:
kedudukan yang sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yang berkuasa;

ketegasan
1. perihal tegas, kejelasan, ketetapan:
dia mengambil suatu ~;

2. apa yang ditegaskan, keterangan:
ia terdiam mendengar ~ Wan Derus;

pertegasan
1. pembatasan erti, definisi, takrif;

2. penentuan, pemastian;

penegasan penjelasan (yang tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yang nyata):
berilah ~ kepada aku sama ada engkau hendak pindah dari sini atau tidak.

tegari

sejenis tumbuhan (herba yang harum bau akarnya apabila dibakar), benjuang, ciciak, lenjuang benar, meroyan bungkus, senjuang, setagit, siak-siak, siak-siak basya (jantan), Dianella ensifolia.

tegar I

1. tidak dapat dilenturkan, keras kaku;

2. [kiasan] tidak dapat diubah (pendirian, pendapat, dan lain-lain), degil:
mereka mempunyai pandangan yang ~; ~ hati = ~ tengkuk tidak mahu menurut (mengalah dan lain-lain), keras hati, keras kepala, degil;
~ pelupuk mata berani;
tanah ~ tanah kering yang keras;

bertegar berkeras (berdegil dan lain-lain), berkeras hati;

menegarkan menjadikan (menyebabkan) tegar, mengeraskan;

ketegaran kekerasan hati, kedegilan:
kegagalan dan kelambatan mencapai perdamaian selalu dikaitkan dengan ~ kerajaan Barat.