[Jakarta] tikung.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tekong I
C
1. [arkaik] nakhoda jong, juragan, kapten;
2. [kiasan] ketua (sesuatu rancangan jahat dan sebagainya), kepala.
tekokak
(Sunda) sejenis tumbuhan (pokok renek), Solanum torvum.
tekoh II
[Kedah] kadang-kadang;
tekoh-tekoh tekoh.
tekoh I
ketua (kepala) gudang.
teko, tekoan
[Cina] sejenis cerek daripada tembikar dan lain-lain (tempat air teh dan lain-lain).
teknologi
1. aktiviti atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan praktis dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan, dan lain-lain, sains gunaan:
Universiti Malaya memainkan peranan yang penting untuk melahirkan pakar-pakar ~ kita;
2. kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal;
~ maklumat tekonologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat secara elektronik;
~ maklumat dan komunikasi teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi;
~ tinggi teknologi yang berasaskan kajian saintifik termaju seperti penggunaan peralatan elektronik yang canggih;
berteknologi mempunyai teknologi:
masyarakat ~ tinggi.
teknokrat
pakar teknikal (ahli sains dan lain-lain), orang-orang yang mahir dalam bidang teknologi dan lain-lain yang mempunyai kuasa politik.
teknokrasi
1. sekumpulan ahli sains, jurutera, dan pakar lain yang mempunyai kuasa politik, di samping pengetahuan teknikal;
2. sesebuah masyarakat atau organisasi yang dikuasai oleh ahli sains, jurutera, dan pakar lain.
teknikal
1. (yang) berkaitan dengan pelaksanaan sesuatu kerja dan sebagainya (tidak dengan aspek-aspek atau perincian kerja itu sendiri):
pelancaran skim itu terpaksa ditangguhkan kerana masalah ~;
2. (yang) berkaitan dengan sesuatu bidang pengetahuan yang tertentu:
perkataan ~;
istilah ~.