teknik

1. pengetahuan yang berkaitan dengan pembuatan barang-barang hasil industri (seperti jentera, kenderaan, bangunan, dan lain-lain):
kita sekarang hidup dalam zaman ~ dan sains;

2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dan lain-lain):
~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah.

tekis

hampir sangat pada tepi, nyaris, cemas;
~ jatuh ke dalam jurang nyaris jatuh ke dalam jurang.

teki II

sejenis tumbuhan (rumpai yang umbinya boleh dimakan), rumput halia hitam, Cyperus rotundus;
~ rawa (bodoh)
sejenis tumbuhan (herba), rumput butang (teli), Kyllinga monocephala;
rumput ~
sejenis tumbuhan (herba), kancing baju jantan, katub perenggang, rumput sekepit burit, Kyllingga brevifolia.

teker

batu ~ sejenis batu api (untuk membuat api);

meneker membuat api dengan memantik besi baja pada batu teker (yang telah dibubuh habuk kayu);

tekeran
1. batu teker;

2. pemantik api (dengan batu api).

teken I

tandatangan;

meneken membubuh tandatangan, menyain:
kontraknya segera diteken;

penekenan perihal meneken:
pada hari ~ kontrak baru itu, wang permulaan diterima lebih banyak daripada biasa;

tekan.