tekur I

[Indonesia-Belanda] = ketekuran [bahasa percakapan] tiada cukup (wang, perbelanjaan, dan lain-lain), kurang, kekurangan:
tidak akan ~ nanti wang belanja di rumah?;

menekurkan menjadikan kurang, mengurangkan:
penghulu-penghulu kepala, di sanalah kerap kali ~ kas negeri.

tekup

menekup menutup (sesuatu) dengan tapak tangan atau dengan sesuatu yang pipih atau mungkum;

menekupkan merapatkan (tapak tangan dan lain-lain) ke muka dan lain-lain sehingga tertutup muka:
Puan Saidah ~ kedua-dua belah tangannya ke muka;

tekap I.

tekun

1. = dengan ~ dengan rajin dan usaha (melakukan sesuatu), bersungguh-sungguh:
bekerjalah awak ~-~, jangan banyak angan-angan;

2. tabah hati, keras hati:
dengan ~ dia bekerja mencari nafkah;

bertekun
1. rajin dan bersungguh-sungguh (bekerja, berusaha, mengaji, dan lain-lain), berkeras hati:
kira-kira lapan sembilan bulan aku ~ mengaji dan menulis itu;

2. = tertekun menumpukan fikiran dan lain-lain pada, sangat asyik (mengerjakan sesuatu):
jangan engkau biasakan menulis malam, kerana nanti lekas rosak mata, dan siang pun jangan ~ sangat, kerana engkau budak-budak nanti menjadi penyakit;

3. sangat-sangat berpegang pada (adat, kepercayaan, dan lain-lain):
mereka masih ~ pada adat kuno;

4. [arkaik] bertelekan (pada), bertumpu (pada);

menekun mempelajari dan lain-lain sesuatu dengan tekun:
Laila sentiasa menghabiskan waktu senggang dengan ~ pelajaran sekolahnya;

menekuni berusaha sungguh-sungguh untuk sesuatu:
pengajian teologi juga terus ditekuni tanpa mengalami hambatan;

menekunkan menjadikan (seseorang) tekun:
~ diri dengan beberapa penelitian;

ketekunan
1. perihal tekun, kerajinan, kesungguhan;

2. keasyikan (melakukan sesuatu).

tekukur

~ api sejenis burung, punai lembu, Macropyangia ruficeps;
~ api besar
= ~ api gunung, Macropyangia unchall;
~ jerum
sejenis burung, ketitir, merbuk, Streptopelia chinensis;
~ merbuk
sejenis burung, balam, ketitir, merbuk, Geopelia striata;
paksa ~ padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka
(peribahasa) sesuatu yang selalu dicita-citakan.

tekuk I

bertekuk berlipat (kulit dan lain-lain), berkedut, berkeluk;
~ lutut
a) berlipat lutut;
b) [kiasan] tunduk (kpada musuh dan lain-lain), mengaku kalah, tewas;
~ tangan
a) berpeluk tangan (tubuh), berdekap;
b) [kiasan] tidak berbuat apa-apa;

menekuk
1. melipat, melengkungkan, membengkokkan:
~ rotan;

2. menangkap (pencuri dan lain-lain), membekuk, menewaskan (musuh):
pihak polis berhasil ~ pencuri kereta itu;

tekukan
1. lipatan;

2. sesuatu yang dibengkokkan (dilengkungkan);

3. alat untuk membengkokkan.

teku

tidak lekas putus asa, rajin, tekun;
sedikit-sedikit ~ , lama-lama menjadi bukit (peribahasa) kalau kita berhemat sedikit-sedikit, lama-lama simpanan menjadi banyak juga.