telah II

menelah mengatakan apa-apa yang akan terjadi, menenung, menilik, meramalkan:
tidak dapat dia ~ apa yang akan terjadi pada dirinya;

telahan sesuatu yang ditelah, agakan, dugaan:
Tuk Guru membuat ~ berkenaan nasib Tengku Long;

penelahan perihal (perbuatan dan sebagainya) menelah, penenungan, ramalan;

penelah orang yang menelah, tukang ramal, penenung.

telah I

1. kata yang menyatakan perbuatan dan lain-lain yang lampau (sempurna, selesai), sudah:
mereka ~ menjadi suami isteri;

2. [sastera lama] sebaik sahaja, apabila:
syahdan, ~ sampailah surat itu, maka segera dibalasnya;

setelah sesudah, sehabis, selepas:
~ makan tengah hari kami pun meneruskan perjalanan;
~ itu, lori itu melanggar saya.

telagah

bertelagah
1. berlainan pendapat, berselisih faham, bertelingkah:
dia memberi amaran kepada kedua-dua belah pihak yang ~ itu supaya jangan memainkan api fitnah;

2. bertengkar mulut, berbantah:
suami isteri itu mulai ~;

pertelagahan perihal bertelagah, perbantahan, perselisihan, pertelingkahan, pertikaian:
~ sengit telah berlaku antara guru-guru Melayu dengan Kementerian Pendidikan mengenai pelajaran menengah Melayu.

telaga

1. perigi, sumur;

2. tasik, danau;

3. [arkaik] balung, kolam;

4. = ~ tahi jamban, kakus;

5. = ~ minyak perigi tempat penggalian minyak;
~ di bawah gunung (peribahasa) perempuan yang banyak mendatangkan untung dan bahagia kepada suaminya;
~ mencari timba (peribahasa) perempuan mencari laki-laki;
adakah daripada ~ yang jernih itu mengalir air yang keruh? (peribahasa) tidak mungkin orang yang bangsawan (berpelajaran) itu melakukan perbuatan yang keji-keji.

teladan

perbuatan dan lain-lain yang patut diikut, contoh:
yang baik buat ~ , yang buruk buat sempadan;

meneladan meniru, mencontoh:
mereka belajar dan ~ serta menerima perubahan di Barat;

meneladani
1. memberi teladan kepada, menjadi teladan kepada:
guru hendaklah ~ muridnya;

2. meniru, mencontohi:
beliau berharap agar pengunjung-pengunjung akan dapat ~ pertunjukan itu;
kita boleh ~ dan belajar daripada negara jiran, iaitu Indonesia yang dapat mengeluarkan filem yang bermutu.

telabat

[arkaik] [sastera lama] melangkah dengan sangat hormat (untuk menghadap raja dan lain-lain).