telatah

gerak-geri, tingkah laku, kelakuan, perangai:
meluat benar perasaan Masri melihat ~ Nisah yang mengada-ngada pada malam itu.

telat

[Indonesia-Belanda], [bahasa percakapan] terlambat, terlewat:
hari itu kami bermain ~ daripada biasa.

telapak, telapakan

1. tapak kaki, tapak tangan:
dia meletakkan wang itu ke ~ tangannya;
sujud di bawah ~
sujud di bawah kaki (baginda);
di bawah telapakan (orang) diperbudak-budakkan orang;
duli telapakan ke bawah duli (paduka);
telapakan kaki
a) tapak kaki;
b) anak tangga yang di bawah sekali;

2. [Indonesia] lapisan yang tebal pada tayar basikal (kereta dan lain-lain).

telap II

= telapa ark
1. bekas untuk menyimpan sesuatu;

2. bekas daripada tembikar dan lain-lain untuk menyimpan bau-bauan (gambir, tembakau, dan lain-lain).

telap I

1. dapat menembusi (berkenaan (dengan) senjata seperti keris dan lain-lain), makan, mempan:
keris itu tidak ~ pada tubuhnya;

2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut;
tiada ~ oleh senjata kebal;

3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi:
tanahnya tanah liat yang tidak ~ air;

menelap makan pada (senjata), mempan pada, melukai, mencederakan, mengena.