telegram

berita (perkhabaran) yang dihantar dengan telegraf, berita kawat:
~ itu menyatakan suaminya baru sahaja meninggal dunia;

menelegram menghantar berita dengan telegraf, mengetuk kawat.

telegraf

alat untuk menghantar berita dengan cepat ke tempat yang jauh (dengan kuasa elektrik dan kawat).

telefoto

berkaitan dengan sistem kanta fotografi yang digunakan untuk menghasilkan imej besar dan jelas sesuatu objek jauh:
kanta ~ sejenis kanta yang digunakan untuk mengambil gambar secara telefotografi.