(Komunikasi) pemancaran, penghantaran dan sebagainya data dari atau ke satelit, stesen angkasa dan sebagainya dengan menggunakan gelombang radio.
Category Archives: Kamus Dewan Online
telekup
bertelekup menutup dengan sesuatu yang pipih atau mungkum;
tekup.
telekung
= kain ~ kain selubung untuk menutup tubuh perempuan (ketika bersembahyang), makenah;
bertelekung
1. mempunyai telekung;
2. memakai telekung.
teleku
berteleku (duduk dan sebagainya) dengan kedua-dua belah siku bertumpu atau terletak pada sesuatu (seperti meja, riba, dan sebagainya) dan dengan tapak tangan biasanya menopang muka, bertelekan dengan siku:
dia hanya duduk ~ tidak berkata apa-apa walaupun kawannya sibuk berbual-bual;
~ (bertopang, bertongkat) dagu berteleku dengan tangan ditopangkan pada dagu, duduk bertongkat ruas.
teleks
perkhidmatan perhubungan antarabangsa yang menggunakan kemudahan teleprinter.
telekomunikasi
sains yang berkaitan dengan penghantaran maklumat melalui talian telefon, gentian optik, mikrogelombang dan satelit.
telekom
[kependekan] telekomunikasi.
telekap II
menelekap menekap, menekup;
tekap I.
telekap I
[arkaik];
ubat ~ ubat plaster, koyok.
telekan
bertelekan (duduk dan sebagainya) dengan kedua-dua belah siku bertumpu atau terletak pada sesuatu (dan biasanya tapak tangan menopang muka), berteleku:
Pak Amat naik dan duduk di atas anak tangga, ~ sikunya pada ambang pintu;
~ lutut (kedua-dua belah tangannya) bertekan pada lutut;
~ pinggang bercekak pinggang.