telantar

tidak terpelihara (anak isteri dan lain-lain), terbiar:
selepas perang, ramai isteri dan anak yang ~ sebab suami atau ayah mereka meninggal dalam perang;

= hantar II, lantar II.

telanjur I

1. melampaui (melebihi, melewati) had (tujuan dan lain-lain) yang tertentu, terlampau:
dia pergi ke pekan untuk membeli barang-barang tetapi ~ sampai ke panggung wayang;

2. tersasul, terdorong, terlangsung (perkataan, perbuatan):
perkataannya sudah ~;

3. sudah terdahulu berbuat sesuatu:
dia sudah ~ makan sebelum datang ke kenduri;

4. sudah melampaui batas, sudah berlebih-lebih:
hukuman yang dikenakan itu ~ sangat;

ketelanjuran perihal telanjur, keterlaluan:
dia menyesal atas ~nya mengeluarkan kata-kata celupar yang tidak selayaknya itu;

lanjur.

telanjang

= bertelanjang
1. tidak bertutup tubuhnya (dengan pakaian), berbogel:
dia membuka seluar, ~ bogel masuk bilik mandi;
apabila ia menoleh kepada tubuhnya barulah diketahuinya akan dirinya bertelanjang bulat;

2. tidak bersarung (keris, pedang,

telangkup

tertungkup, tertiarap, lawan terlentang;

menelangkupkan meletakkan telangkup, menelungkupkan, meniarapkan:
Tini berdiri, terduduk lagi, ~ muka pada meja, menangis lagi.

telangkai

1. orang yang menjadi perantara dalam perkahwinan (perundingan dan lain-lain):
tiga hari kemudian ~ itu pun datanglah untuk meminang gadis itu;
dalam ~
sudah dipinang orang (berkenaan (dengan) gadis);

2. orang tengah, wasitah (dalam perniagaan, perundingan, dan lain-lain), wakil:
orang tua tadilah ~ penjualan kerbau itu;

menelangkai menanyakan (meminang, melamar) gadis untuk:
maka ada dalam surat menyebuntukan ~ puteri anak Raja Besar di Ujung Tanah;

penelangkaian perihal menelangkai, peminangan.

telang I

buluh ~ sejenis buluh yang tipis sekali, talang;
bunga ~ sejenis tumbuhan (pokok memanjat), bunga biru, kelang (kembang, bunga) teleng, Clitorea ternatea.

telan

~ batu (peribahasa) menyembunyikan rahsia;

menelan
1. memasukkan (makanan dan lain-lain) ke dalam perut melalui kerongkong:
makanan itu pun dikunyahnya, kemudian barulah ditelannya;

2. memakan mangsa dan lain-lain, melulur:
ular itu kononnya sangat besar dan boleh ~ seekor kerbau;

3. [kiasan] memakai banyak-banyak (perbelanjaan dan lain-lain), banyak memakan atau menggunakan:
untuk mengundang manusia seramai itu pun sudah ~ belanja yang besar juga;

4. [kiasan] mengambil sesuatu secara gelap atau haram (makan suap dan lain-lain):
sebahagian wang ini ditipu dan ditelan oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab dalam lapangan sosial;

5. [kiasan] menerima sesuatu yang tidak menyenangkan (seperti kekalahan dan lain-lain):
walau bagaimanapun orang Melayu terpaksa ~ kecaman yang sebegitu pedas;

6. menguasai (negeri dan lain-lain), menakluki:
dia memberitahu kerajaan bahawa orang asing itu akhirnya akan ~ Jepun;

7. [kiasan] menguasai, menghapuskan, melenyapkan:
sesungguhnya itu satu lagi warisan budaya yang patut sama-sama dipelihara agar tidak pupus begitu sahaja ditelan zaman;
hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar
(peribahasa) berhadapan dengan sesuatu masalah yang sangat sulit, berada dalam keadaan yang serba salah;

tertelan
1. sudah ditelan, dengan tidak sengaja ditelan;

2. dapat ditelan:
ubat itu tidak ~ olehnya kerana sangat pahit;

penelanan perbuatan (proses dan sebagainya) menelan.