dakwat, mangsi:
dicecahkannya pena itu ke dalam ~ lalu ditulis namanya pada sekeping kertas;~ cetak sejenis dakwat untuk mencetak buku dan lain-lain;
~ emas dakwat yang berwarna seperti warna emas.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tinju
1. genggaman tangan (seperti hendak menumbuk), penumbuk:
kalau kau menghina aku, ~ku akan segera tiba di hidungmu;
adu ~ [Indonesia] = bermain ~ = peraduan (perlawanan) ~ perlawanan tumbuk-menumbuk;
ahli (jago) ~ ahli dalam perlawanan tinju;
2. pukulan (tumbukan) dengan genggaman tangan:
kepalanya benjol-benjol kena ~ beberapa orang yang menyerangnya;
bertinju bertumbuk;
meninju memukul dengan tinju, menumbuk:
setelah tertangkap ia ditinju, ditendang-tendang, dimaki-maki lalu diseret ke balai polis;
meninjukan ~ tangan menggenggam (mengepal) tangan;
pertinjuan perihal bertinju;
peninju
1. tinju, penumbuk:
~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi;
2. orang yang meninju;
petinju orang yang berlawan tinju, ahli tinju:
ia bangga benar seperti ~ yang menang di gelanggang.
tinjau II
~ belukar
a) sejenis tumbuhan (pokok renek), ulai-ulai, Greenia corymbosa;
b) sejenis tumbuhan (pokok), cemantung jantan, derumun hitam, jambu arang, medang kelawa (mendung, musang), Elaeocarpus paniculatus;
c) [kiasan] menarik dipandang dari jauh tetapi tidak menarik jika dipandang dari dekat (berkenaan (dengan) seseorang):
dia ~ belukar sahaja, apabila dekat tidaklah secantik manapun.
tinjau I
~ karang sejenis anjung di perahu (untuk melihat-lihat batu karang di laut);
bertinjau-tinjauan tinjau-meninjau;
meninjau
1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dari tempat yang tinggi atau dari jauh:
dari tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yang sedang dirayapi malam;
dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan;
2. datang (berkunjung) untuk melihat-lihat (mengamat-amati dan lain-lain), mengunjungi (untuk mengetahui sesuatu), melawat:
ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka;
ibunya selalu ~ ke rumahnya;
3. mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat:
pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri;
4. memeriksa, mempelajari, meneliti, mengkaji:
memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yang akan memudahkan penyelesaian masalah itu;
jika ditinjau dari sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu;
pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya;
5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dan lain-lain), menduga (hati, perasaan):
tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri;
duduk meraut ranjau, tegak ~ jarah (peribahasa) tidak berhenti-henti bekerja dengan teliti;
meninjau-ninjau datang atau berkunjung untuk mengetahui, mencari, melihat, mengenal pasti dan sebagainya sesuatu yang belum pasti kedapatannya:
kemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau boleh ditubuhkan cawangan baru;
puas lelaki itu ~ di luar jendela, namun tiada siapa pun yang kelihatan;
tinjau-meninjau
1. saling meninjau (lihat-melihat dan lain-lain);
2. mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada;
tinjauan
1. perbuatan meninjau:
sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ untuk mengetahui pendapat umum;
2. hasil daripada meninjau, pandangan;
peninjauan
1. perihal meninjau;
2. tempat yang digunakan untuk kerja meninjau;
peninjau orang yang meninjau;
pesawat ~ [Indonesia] kapal terbang pengintip.
tinjak
[arkaik] pijak, hentakan kaki.
tinja
[Indonesia] tahi.
tingtong
bunyi seperti bunyi loceng.
tingting II
sejenis permainan kanak-kanak yang dilakukan secara melompat-lompat dengan sebelah kaki di petak-petak tertentu yang dilukis.
tingting I
bunyi seperti bunyi duit syiling berhantukan.
tingkuh
[Minangkabau];
bertingkuh berbantah, bertengkar.