[Minangkabau] tengkarah.
Category Archives: Kamus Dewan Online
tingkar
(Sunda);
meningkar mengelilingi, mengepung.
tingkap
lubang angin (di dinding rumah dan lain-lain) yang boleh dibuka dan ditutup, jendela:
jika banyak ~ banyaklah udara yang dapat keluar masuk;
~ kipas tingkap yang memakai ram-ram atau bidai (tabir);
~ magun
a) tingkap pada bahagian atas dinding atau bumbung rumah dan sebagainya untuk dimasuki angin atau cahaya, jendela langit;
b) tingkap yang tetap dan tidak dibuka-buka pada perahu, kapal dan sebagainya, jendela langit;
~ panjang tingkap di sepanjang serambi (beranda);
~ penangguh tingkap di bahagian dapur rumah;
~ peranginan tingkap di bumbung untuk dimasuki angin;
~ tela tingkap untuk masuk cahaya untuk menerangi tela atau ruang rumah;
meningkap melihat dari tingkap;
tingkapan tingkap kecil, lubang untuk angin masuk.
tingkalak
[Minangkabau] sejenis alat menangkap ikan yang bentuknya panjang merunjung, sejenis lukah, tengkalak;
~ menghadap mudik, lukah menghadap hilir (peribahasa) segala sesuatu menurut adat kelazimannya.
tingkal
garam ~ sejenis garam habluran berwarna putih yang dapat larut dalam air (digunakan untuk pateri), boraks.
tingkah III
meningkah
1. membalas (menjawab, menyahut) perkataan orang:
Aku tidak percaya, katanya ~;
2. menyelang (menyampuk, memotong) perkataan orang, membantahi:
maafkan saya kerana ~ semasa tuan sedang bercakap tadi;
ia berasa tersinggung kerana sahabatnya ~ pendapatnya.
tingkah II
1. sejenis gendang;
2. = tingkahan a) pukulan gendang dan lain-lain yang mengiringi lagu, tarian, dan sebagainya;
b) nyanyi (tepuk tangan dan lain-lain) yang menyertai bunyi-bunyian;
bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti, bersahut-sahutan, berselang-selangan:
bunyi katak dan salakan anjing ~ memecah kesunyian malam;
meningkah, meningkahi
1. memukul gendang dan lain-lain menyelang (mengiringi) lagu atau bunyi lain;
2. mengiringi (menyahut) lagu dan lain-lain dengan bunyi lain (alat muzik, tepuk tangan, dan lain-lain):
suara nyanyian anak-anak perahu ditingkah oleh suara geseran rebab dan kecapi;
tingkahan pukulan gendang, tingkah.
tingkah I
perbuatan yang ganjil-ganjil atau tidak patut, canda, olah, ragam:
ia teringat-ingat ~ kawannya yang cepat menimbulkan marahnya tadi;
banyak ~ banyak ragam;
salah ~ berlaku tidak wajar;
~ laku (langkah, perangai) gerak-geri, kelakuan, perbuatan:
ia disukai orang kerana kehalusan budi bahasanya dan kebaikan ~ lakunya;
bertingkah
1. melakukan perbuatan yang ganjil-ganjil (buruk dan lain-lain):
monyet jenis ini suka ~;
2. berbuat tidak wajar (yang bukan-bukan), berlaku ganjil:
jangan kau ~ terhadapku kerana aku bukan anak kecil lagi;
~ laku berbuat berbagai-bagai laku, berlaku;
3. = bertingkahan tidak sekata (seimbang, sehaluan) dengan, tidak sama nadanya dan sebagainya (dengan):
memanglah ganjil dan sumbang kalau gong atau gendang ~ dengan dram.
tingi
[Jawa] sejenis kulit kayu yang dijadikan bahan cat untuk mewarnai kain batik.
tinggung
bertinggung, meninggung duduk di atas tapak kaki dengan kaki berlipat dan punggung tidak diletakkan di lantai, bercangkung, berjongkok.